Hiburan By: Syafiqa Irdina December 11, 2019 @ 12:51pm

Ejen Ali Misi: Optimum Gegar Sunway Pyramid Hingga Ahad Ini!

Perhatian Ejen!

Musim cuti sekolah telah bermula! Apa kata korang meriahkan cuti persekolahan tahun ini untuk singgah ke Sunway Pyramid dalam Ejen Ali Misi: Optimum bersama-sama keluarga.

Bermula 10 hingga 15 Disember, Ejen Ali Misi: Optimum akan mengambil tempat di Orange Atrium Concourse,  Sunway Pyramid. 

Apa Itu Ejen Ali Misi: Optimum?

Ejen Ali Misi: Optimum merupakan penyambungan Misi: MATA Academy yang telah berjaya menarik lebih 60,000 pengunjung pada Disember tahun 2018 yang lalu. Misi : MATA Academy diadakan bertujuan untuk mempromosi Ejen Ali serta sebagai tempat latihan  para peminat Ejen Ali untuk merasai pengalaman dilatih sebagai Ejen. Wah, menarik kan?

Dalam Misi: Optimum kali ini, ejen-ejen akan menjalankan beberapa misi untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Menarik!

Dengan aturcara yang berkonsepkan Ibu Pejabat MATA, acara ini membolehkan peserta merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada di dalam dunia Ejen Ali sebenar! Terdapat empat cabaran fizikal yang sangat menyeronokkan! Confirm para pengunjung terutamanya si cilik akan berasa teruja berada didalam Ibu Pejabat M.A.T.A ini.

Aktiviti Menarik Sepanjang Misi: Optimum

Banyak aktiviti menarik yang boleh disertai oleh pengunjung yang hadir. Antaranya, sesi temuramah bersama maskot, aktiviti peraduan mewarna, sesi “IRIS DIY” dan pelbagai lagi permainan yang memang fun! Kalau nak tahu kenalah singgah Sunway Pyramid okay?

Misi: Optimum Mekanik

Arena sudah tersedia untuk korang! Sertai Ejen Ali dan Ejen Alicia untuk menyertai latihan di Akademi MATA. Mudah je! Apa yang perlu korang lakukan ialah dengan hanya membeli barangan Ejen Ali sebanyak RM20 untuk alami latihan sebenar. Bertindak segera!

 

 

Produk Barangan Ejen Ali

Produk barangan Ejen Ali telahpun dijual! Antara barangan tersebut termasuklah,  pelbagai jenis permainan, Buku, buku mewarna, Iris dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, barang kelengkapan sekolah edisi Ejen Ali juga turut disediakan. Antara produk baru yang bakal dilancarkan termasuklah sabun mandian Ejen Ali dengan kerjasama Bac Buster, baju serta stoking sekolah dengan kerjasama Mydin dan juga kasut sekolah dengan kerjasama Bata, peralatan “Back-to-school” seperti beg sekolah, alat permainan dan juga aksesori.

 

 
 

Jangan lupa untuk dapatkan produk-produk Ejen Ali okay! Bukan apa, kesemua barangan Ejen Ali adalah terhad semasa musim cuti persekolahan sahaja!

Apa tunggu lagi ! Jom sertai Misi: Optimum di Sunway Pyramid bermula Selasa hingga Ahad ini!

Bertindak Segera!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2019
Contest Tue, 27 Aug 2019

Sam Bunkface Trending Di Twitter, Gara-Gara Barai?

Apa agaknya yang Sam buat sampai trending ni?

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Iman Corrine Alami OCD?

Kenali Iman Corrine dalam Salon september ini!

Hiburan Tue, 20 Feb 2024

Terpaksa Bohong Ibu Bapa, Amir Masdi Dedah Pernah Buat Show Tidak Berbayar

Allahu kesiannya.. Tak baik ambil kesempatan macam tu..

Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Jumpa Papa Macam Ni? Limited!” – Netizen Cemburu Kekasih Zarina Anjoulie Beli Alat Solek

Untungnya Anjuu 🥰🥰 Boyfriend or husband korang sweet macam ni juga tak? Hihiii 🤪🤪

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Tujuh Tahun Hilang…Cinta Laura Keihl Rai Kepulangan Dengan ‘Vida’

Masih ingat lagu Oh Baby nyanyian Cinta Laura dulu?

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Akim Lawan Dengan Isterinya!

Haa gaduh ke lawan ni?

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

BIGBANG大成自愿从军「3月13日闪电入伍」

BIGBANG队长G-Dragon(GD)于上月27日赴「白骨部队」展开军旅生涯后,成员太阳也预计在12日入伍。不过5日传出最新消息,主唱大成也将在13日高唱从军乐,只比太阳晚了一天。而当大声入伍后,BIGBANG五人中将有四人服役,仅剩「老幺」胜利单打独斗。