Hiburan By: SGMS Enal June 7, 2019 @ 3:00pm

Elvina Takut Main Bunga Api

Pelakon Datin Elvina Mohamad mengakui fobia bermain bunga api apabila pernah menyebabkan rambut sepupunya terbakar suatu ketika dahulu.

Kejadian itu membuatkan Elvina serik dan cuba menjauhkan diri daripada bunga api yang menjadi kelaziman setiap kali tibanya Syawal.

“Ketika kecil saya suka bermain bunga api namun pernah suatu ketika saya tercampak bunga api dan terkena rambut sepupu lelaki saya.

“‘Tobek’ rambut dia gara-gara saya. Sudahlah kejadian itu berlaku pada malam raya, bayangkan esoknya nak beraya dengan rambut yang terbakar.

“Saya rasa sangat bersalah dan melarikan diri balik rumah, tetapi alih-alih kena rotan juga.

“Sebab itu sekarang kalau terkena api sikit pun dah takut,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, berkongsi kisah lebaran kali ini Elvina merancang untuk beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke Teluk Intan, Perak, pada hari raya ketiga.

“Bagi saya erti raya adalah kemaafan. Itulah masa yang paling dinanti-nantikan untuk bertemu dengan keluarga yang jauh terpisah.

“Ini sambutan Aidilfitri pertama dengan kehadiran cahaya mata dan pastinya saya sangat teruja,” ujarnya yang menempah empat pasang baju raya pada tahun ini.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 24, mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Karl Mateen pada Disember tahun lalu.

Oleh: Amri Hassan

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 May 2019

Doa Ayah Untuk Bella Astillah…

Sayu dengar luahan bapa Bella, jom doa yang baik-baik untuk mereka…

Featured Thu, 23 Mar 2023

Didakwa Abai Anak, Ini Kenyataan Rasmi Fatin Afeefa

Hmm macam macam laa. Apapun min doakan semoga segala urusan dipermudahkan ya ❤️

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Fri, 15 Dec 2023
Featured Fri, 8 Jul 2022

Elvina Mohamad Kecewa Fizikal Anak Sering Dikritik Terlalu Kurus Hingga Didakwa Sakit

Alahai, hati seorang ibu mana tak marah kalau anak dia dikritik kan? Kurus ke gemuk ke yang penting anak kita sihat, bahagia, cukup kasih sayang ibu bapa.. Hm sabar ya Elvina

Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Wow…Melly Goeslaw Jadi Tokey ‘Ole-Ole’ Pula!

Semoga dapat sambutan dari orang ramai di Bali!