Hiburan By: SGMS Faida January 17, 2019 @ 5:50pm

Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Bukan Milik Haneesya Lagi…

Ekoran penyebaran video kontroversi melibatkan Haneesya Hanee, gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik serta merta.

Pengumuman ini dibuat oleh Nu Ideaktiv, pemilik jenama Dewi Remaja di majlis sidang media hari ini.

” Tiada penyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019. Gelaran itu hanya untuk seorang pemenang sahaja. Tia Sarah kekal di tempat kedua manakala Sherin Amiri di tempat ketiga. 

” Tiada sesiapa yang menggantikan tempat Haneesya kerana gelaran itu jelas miliknya tetapi terpaksa ditarik balik atas insiden yang berlaku,” kata Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman.

Dalam masa sama, Nu Ideaktiv kesal terhadap insiden yang berlaku dan perlu mengambil tindakan sewajarnya. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebulan sebelum malam episod Dewi Remaja 2018/2019 berlangsung.

Haneesya turut menyerahkan semula replika cek, trofi dan tiara Dewi Remaja 2018/2019 kepada pihak Nu Ideaktiv. 

Menerusi laman Instastory Haneesya, dia turut menerima kata-kata sokongan daripada teman-teman agar terus kuat menghadapi ujian ini. 

Untuk Haneesya, apa jua yang berlaku, kami harap anda terus melangkah ke depan dan sentiasa positif di masa hadapan! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Pergh…Untunglah Lofa, Bella Hadid kot!

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Niena Baharun Kini Bergelar Ibu… Tahniah!

Niena memilih untuk bersalin menerusi kaedah pembedahan kerana menyedarinya dirinya seorang yang penakut.

Hiburan Thu, 30 Sep 2021

Bakal Lahirkan Baby Boy, Elly Mazlein Dah Mula Cuti Bersalin

Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein mendedahkan dirinya bakal menerima kehadiran bayi lelaki. Sudah mula bercuti dan menanti hari untuk melahirkan anak keduanya, wanita yang mesra dengan nama panggilan Kak Lina Pom Pom ini tidak […]