Hiburan By: SGMS Faida September 23, 2019 @ 7:17pm

Gempak ‘Giler’ Pelancaran Def Jam South East Asia Di Singapura!

Universal Music Group, peneraju dunia dalam hiburan berteraskan muzik telah mengorak langkah dalam memulakan era baru muzik hip hop dan rap dengan sebuah pelancaran pada hari Rabu lalu di Canvas, Singapura bersempena dengan pengumuman pengembangan label terbaru Def Jam South- East Asia di Music Matters pada 17 September.

Antara paparan menarik malam itu termasuk persembahan solo tujuh artis rakaman terbaru mereka iaitu Joe Flizzow (Malaysia), DABOYWAY (Thailand), Yung Raja (Singapore), Fariz Jabba (Singapore), ALIF (Singapore), A.Nayaka (Indonesia) & Young Bong (Thailand), yang sempat juga berkongsi kehebatan mereka di depan penonton terpilih yang terdiri daripada kalangan pelopor budaya urban dan tokoh terpenting industri sebelum diakhiri dengan sebuah penutup gah berupa single terbaru DABOYWAY berjudul “GANGSH!T”.

Acara diteruskan hingga lewat dengan dendangan muzik oleh DJ CZA, DJ BOMBER SELECTA serta DJAYBUDDAH yang memberikan susunan muzik hebat untuk tarian penonton sepanjang malam.

Tentang Def Jam Recordings:

Ditubuhkan pada 1984, Def Jam Recordings bermula sebagai label indie yang terinspirasi oleh budaya jalanan kota New York serta kelahiran bunyi hip-hop. Def Jam pernah mewakili nama-nama besar dunia muzik selama 35 tahun seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy. Dua dekad kemudian, Def Jam memperkukuhkan kedudukan dengan bintang tersohor seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, dan yang sukar ditandingi Kanye West. Kini dalam dekad keempat, muzik dan gaya hidup Def Jam telah berkembang menjadi sebuah jenama global – sinonim dengan kreativiti, kualiti dan keaslian – merangkumi  aneka bakat hebat seperti West, Justin Bieber, Alessia Cara, Logic, Pusha T, Jadakiss, Vince Staples, Jeremih, Big Sean, YG, 2 Chainz, Dave East, dan Jhene Aiko. Kini di bawah pimpinan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Paul Rosenberg, Def Jam telah membuktikan kesungguhan dan komitmen terhadap budaya hip-hop, dan memperluaskan jenama globalnya untuk menjadi salah satu label terunggul dengan pengikut paling ramai di media sosial.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

“Bukannya Saya Mereput Di Rumah” – Izreen Azminda Belum Bersedia Untuk Kembali Berlakon

Anak-anak akan membesar, jadi biarlah dapat luangkan masa bersama mereka.

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Pelakon Gerak Khas Meninggal Dunia

Drama siri Gerak Khas kehilangan anggotanya hari ini apabila mendapat berita yang Nizen Ayob meninggal dunia sebentar tadi

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

‘Bonda Nervous Nak Tambah Satu Lagi’- Yatt Hamzah Umum Hamil Anak Keempat

Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat serta kuat ya.

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Betto Khai Kongsi Kisah Dengan Bekas Isteri Dalam Lagu Baru?

Biarpun sudah berpisah, hubungan kami masih baik.

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti?

Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti? Sebab Terima Bunga

Hiburan Mon, 22 Apr 2024