Hiburan By: Del14 December 26, 2019 @ 9:06pm

Hael Husaini Tiru Sam Smith?

Penyanyi Hael Husaini yang melancarkan klip video buah tangan terbarunya berjudul Hati di YouTube berjaya menambat hati peminat dan telah pun meraih 500,000 tontonan walaupun baru dilancarkan seminggu lalu. 

Walau bagaimanapun konsep video muzik Hati dikatakan meniru video muzik lagu  penyanyi antarabangsa Sam Smith berjudul ‘How Do You Sleep’. 

Namun demikian, pelantun lagu Jampi itu tidak bimbang kerana menurutnya dia pernah menggunakan konsep yang sama bagi video muziknya terdahulu, Bersyukur Seadanya. 

“Alhamdullillah, saya berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar muzik saya. 

“Biarlah jika ada yang mendakwa klip video Hati meniru artis lain.  Saya fikir mereka mungkin belum pernah menonton lagu hari raya saya berjudul Bersyukur Seadanya. 

“Saya menggunakan konsep sama untuk klip video Hati. Malah, penari yang terbabit juga sama. 

“Seperkara lagi, video muzik Bersyukur Seadanya dilancarkan lebih awal daripada How Do You Sleep,” katanya kepada BH Online. 

 

Kredit Foto: Instagram @haelhusaini

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

46 Hari Di Set Pujaan Hati Kanda, Ayden Mikael Tak Pernah Menangis?

Kata ibunya, Puan Anna Abdullah, punyalah susah untuk buat Mika menangis sampai mereka terpaksa buat sesuatu…

Featured Fri, 27 May 2022
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Iqram Dinzly Memohon Maaf Pada Semua

Iqram Dinzly memohon maaf kepada semua dan mengakui dirinya juga manusia tidak sempurna kerana terlepas cakap

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

APA LAGI NI KAMAL ADLI?

Apabila diajukan soalan mengenai Zahirah McWilson dan isu Emma dikaitkan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk. Kamal enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Hiburan Thu, 5 Mar 2020

Dah Muak Dengan Maklumat Palsu Para Kepoci, Dr. Amalina Buat Website Baru Untuk Anda Semua

Dr. Amalina berdedikasi untuk menyampaikan maklumat sahih kepada semua melalui website terbaharunya.