Hiburan By: SGMS Faida March 21, 2019 @ 5:15pm

Hasnol Menangis Rakam Semula ‘Laguku Untukmu’

Penyanyi popular sekitar 90 an, Hasnol mendedahkan pengalaman sebak ketika merakamkan semula single Laguku Untukmu yang pernah melonjakkan namanya 20 tahun dahulu.

Kata penyanyi berusia 49 tahun ini ketika ditemui XTRA, dia bakal merakamkan semula lagu yang cukup ‘berhantu’ itu.

“ Tidak dinafikan Laguku Untukmu dikategori lagu One Hit Wonder yang mana sampai ke hari ini, orang tetap kenal saya hanya kerana lagu ini.

“ Entah kenapa bila saya masuk sahaja ke studio untuk merakam semula lagu ini, saya menangis sendiri. Menariknya, lagu ini digubah semula dengan nafas baharu,” katanya kepada XTRA.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama penuh Hasnol Hassan Ariff ini memberitahu dia bakal tampil dengan lagu baharu berjudul ‘Hilang’.

“ Lagu Hilang tak bermakna saya hilang dari radar dunia hiburan. Masih aktif menyanyi cuma dengan kehadiran ramai penyanyi baharu masa kini, saya perlu bekerja lebih keras lagi.

“ Saya juga akan mempromosikan lagu ini di seluruh platform digital sama seperti apa yang dilakukan oleh penyanyi masa kini. Kalau zaman dulu, biasanya saya akan turun padang ke beberapa daerah untuk promosi jelajah tetapi sekarang style pun dah berubah. Saya akan ikut flow sekarang,” akhirinya.

Untuk rekod, Hasnol pernah merakam dua buah album iaitu Sudi dan Caraku pada awal tahun 90 an. 

Wartawan: SGMS Nanie

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Apr 2022
Featured Fri, 14 Jan 2022

Gara-Gara Nak Dapatkan Bonus Tahunan, Suami Isteri Penjawat Awam Guna Aplikasi Mysejahtera Palsu

Gara-gara tidak mahu dikecualikan daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib, sepasang suami isteri yang juga penjawat awam sanggup membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu. Menurut laman Astro Awani, tindakan pasangan berusia 33 dan […]

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

世界百大DJ艾维奇猝死 得年28岁

瑞典籍知名DJ艾维奇(Avicii)于21日凌晨惊传出死讯,得年28岁。他的死讯曝光后,震惊全球粉丝,大家也纷纷涌上他的社群网站上悼念。

Featured Thu, 15 Feb 2024

“Saya Rasa Diri Tak Berguna”- Mimi Lana Menangis Kenang Penduduk Palestin Menjelang Ramadan 

Rasanya semua berfikiran sama macam Mimi😥 Apapun jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana❤️