Hiburan By: SGMS Faida April 27, 2019 @ 11:39am

Jom Karaoke Lagu ‘Aduh’ & Menang RM 1000!

Penyanyi Zamani melancarkan kempen #AduhZamaniKaraoke bersempena dengan single terbaharunya, Aduh yang kini berada di seluruh cawangan Red Box, Green Box atau Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia.

Menerusi sebuah kenyataan media, penyertaan amat mudah hanya dengan menyanyikan lagu ini dan memuatnaik di Instagram menggunakan tanda pagar #AduhZamaniKaraoke dan #RedBoxKaraokeMalaysia. 

Hadiah bagi kempen ini adalah sebanyak RM1,000 tunai bagi tempat pertama, RM500 tunai di tempat kedua dan RM300 tunai bagi tempat ketiga.

‘Aduh’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ‘Aduh’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 1 MAC 2019 yang lalu.

Selain daripada itu, ‘Aduh’ versi karaoke juga sudah boleh didapati di kesemua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Mengenai #AduhZamaniKaraoke

• Kempen ini bermula pada 29 April 2019 ini. 

• Berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM1,000.

• Hanya perlu memuatnaik lagu Aduh yang dinyanyikan secara solo atau duet di Instagram bersertakan @zamanislam_official dan tanda pagar #AduhZamaniKaraoke & #RedBoxKaraokeMalaysia yang dinyanyikan di mana-mana cawangan Red Box, Green Box atau Red Box PLUS Karaoke. 

• Hadiah tempat pertama RM1,000 tunai, tempat kedua RM500 tunai dan tempat ketiga RM300 tunai.

• Pertandingan terbuka kepada penyertaan 18 tahun dan ke atas.

• Pertandingan tamat pada 18 Jun 2019, jam 11:59 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Feb 2023

Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Wowwww 🤯 Duit Opai ni memang unlimited ke macam mana? Fuhhhhh bagusnya muliakan isteri.. 🥰 Untung Fatin 😌

Events Mon, 1 May 2023

Janji Persembahan Bertenaga, Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Penyanyi popular menerusi lagu Travel Is A Friend dan The Show, Lenka bakal menghiburkan peminat di Malaysia malam ini. Konsert yang berlangsung di lokasi muzik popular Zepp, Kuala Lumpur dijangka akan menghiburkan lebih 2,000 peminat […]

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Featured Wed, 25 May 2022
FESYEN Thu, 18 Apr 2019

Bergaya Raya Tahun Ini Dengan Beg Tangan ‘Victoria Sloane’ Keluaran Rita Sosilawati!

Warwick, Essex, Halborn, Abbey dan Kew…mana satu pilihan kalbu?

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

Belum Move On Dengan Camelia, Diana Danielle Bakal Beraksi Dalam “Syurga Untukmu” Pula!

Lakonan Diana tak pernah mengecewakan. Tak sabar nak tengok Syurga Untukmu pulak!