Trending By: Aisyah Badrul April 9, 2020 @ 3:51pm

“Kalau Menjerit Saya Cepat-Cepat Beristighfar,”- Sharifah Shahirah Kini Bertudung

Selepas Ernie Zakri, Kini Pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah pula mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

Sharifah Shahirah atau mesra disapa sebagai Shiera sudah mula memakai tudung pada Februari yang lepas namun dia mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita mula dilaksanakan.

Menurut Shiera 46, pada awalnya dia bernazar jika wabak Covid-19 sudah mempunyai penawar, dia akan mula bertudung penuh. Namun jika difikirkan semula, sekiranya wabak ini tidak mempunyai penawar, bagaimana dia hendak meneruskan nazarnya.

“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.

“Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai.

“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri,” katanya kepada portal Harian Metro.

Kawal perangai, kalau menjerit cepat-cepat istigfar

Shiera yang juga merupakan penyampai radio Suria FM juga memberitahu keputusannya untuk mengenakan hijab disokong sepenuhnya oleh suami, anak-anak, keluarga dan sahabatnya.

Dia juga menjelaskan dia akan tetap menjadi Shiera yang sama dan tetap menghormati. Mungkin selepas ini dia akan menjadi lebih lemah lembut.

“Saya masih Shiera yang sama dan saya tetap menjadi diri sendiri. Cuma, saya cuba untuk menjadi lebih lemah lembut. Kalau menjerit saya cepat-cepat beristighfar,” jelasnya.

Shiera juga berasa gembira apabila keputusannya disokong oleh orang disekelilingnya. Malah, anak perempuannya juga turut meminta untuk mengenakan tudung.

Semakin manis Shiera sekarang ni selepas mengenakan hijab. Semoga terus istiqamah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 May 2022
Trending Fri, 26 Nov 2021

Dikatakan Kecewa Kandas Di Separuh Akhir Muzik Muzik Tahun Lalu, Apa Harapan Naim Daniel Untuk Lagu Purnama?

Selebriti serba boleh, Naim Daniel mengakui puas apabila sesebuah karya yang dikeluarkannya dapat dirasai orang ramai. Pernah dikatakan kecewa apabila lagu Sembah nyanyiannya gagal mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), kini single Naim […]

Trending Mon, 13 Apr 2020
Trending Fri, 25 Feb 2022

Datuk K Dedah Perangai Asyraf Khalid Berubah 360 Darjah

Hmm, apakah perubahan yang dimaksudkan suami penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza ni? Dedah Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, beliau mula menyedari perubahan anaknya, Asyraf Khalid disebabkan seorang lelaki bergelar Mentor […]

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

[VIDEO] “Saya Tak Pernah Ada Musuh Dalam Industri” – Tiada Istilah Putus Kawan, Nabila Huda Akui Susah Tinggalkan Sebuah Persahabatan

‘Saya percaya satu hari nanti silaturahim yang terputus sementara itu akan berjumpa kembali’ – Nabila Huda 😢

Featured Tue, 24 Oct 2023