Hiburan By: SGMS Faida October 24, 2018 @ 4:43pm

‘ Kalau Tak Buat Apa-Apa, Saya Boleh Lumpuh’, Elyana Jalani Rawatan Radioterapi

Penyanyi Elyana memaklumkan dia kini berada di hospital untuk menjalani rawatan radioterapi bermula harini.

Menerusi Instagram ibu anak satu ini, Elyana memberitahu keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan sejak kebelakangan ini dan sukar tidur malam.

Doktor cakap saya punya lymph nodes dah ada kat saraf tunjang, kalau saya tak buat apa-apa boleh menyebabkan lumpuh. Macam mana?

“ Akhirnya, saya dah berbincang dengan doktor apa yang perlu dibuat. Sekejap lagi saya akan mulakan sesi rawatan radioterapi. Ini kali pertama saya menjalani rawatan ini, tak pernah lagi sebab selama ini saya hanya buat kemoterapi,” katanya.

Elyana juga memaklumkan dia bakal menjalani sebanyak 10 kali rawatan radioterapi. Rawatan ini merupakan terapi sinaran ialah satu kaedah perubatan untuk merawat dan mengawal sel-sel barah.

Penyanyi berusia 31 tahun ini disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu dan pernah menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali sejak 2014. Sama-sama kita doakan agar Elyana terus kuat dan diberi kesembuhan segera, Insya Allah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023

Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Terbaik tak berselindung.. Apa motif wanita tersebut agaknya ya? 🤔

Featured Thu, 1 Dec 2022
Events Wed, 31 Aug 2022

Terpaling Juara: Di Pintu Syurga Didakwa Sumbang, Netizen Syak Air Mata Gimik Murahan.. Ini Penjelasan Ifa Raziah!

Bak kata Kak Ifa, bila ingat ibu bapa automatik akan mengalirkan air mata😭😭😭

Featured Tue, 26 Apr 2022