Hiburan By: SGMS Faida March 21, 2018 @ 4:47am

“ Kami Redha Dan Maafkan Dia,” – Datuk K

Nampaknya penyebar gambar anak perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza boleh menarik nafas lega. Pasangan suami isteri ini memaafkan perbuatan si pelaku yang menyebabkan foto anak kesayangan mereka menjadi tular, baru-baru ini.

Menurut Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, beliau dan isteri sudah memaafkan individu berkenaan.

“ Kami reda dengan apa yang jadi dan tidak mahu menjadikan ia satu isu,” katanya.

Terdahulu, gambar anak perempuan penyanyi nombor satu negara ini tersebar di laman sosial selepas seorang jurusolek bernama Wan Noor Akmal Wan Yusof memuatnaik foto berkenaan.

Walau bagaimanapun, wanita ini memohon maaf kerana tidak sengaja dan tidak mempunyai sebarang niat buruk. Dia telah meminta maaf secara terbuka atas kesilapannya.

Menurut perancangan awal pihak Siti akan mengadakan satu sesi khas untuk berkongsi wajah dan nama sebenar bayi mereka.Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Terima Kasih Allah Pinjamkan Jefri Kepada Kami Untuk 35 Tahun’- Ucapan Afdlin Shauki Buat Netizen Sebak

Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yang beriman. Jaga mak dik…

Featured Wed, 8 Mar 2023
LIFESTYLE Sat, 22 Dec 2018

Festival Takanakuy, Penduduk Dibenarkan Bertumbuk, Menggigit Satu Sama Lain

Festival Takanakuy, Penduduk Dibenarkan Bertumbuk, Menggigit Satu Sama Lain Untuk Lepas Geram Setiap 25 Disember

Events Fri, 12 Oct 2018
Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Jenis Nak Bagi Tahu Satu Dunia Dia Suka…” – Panggil Anna Jobling ‘Yang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen?

Agaknya selalu sangat Meerqeen dengan Anna Jobling sweet sampai bersemut timeline netizen tu 🤣 Jealous kott 🤭🥵

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Trending Hari Ini Mon, 1 Jun 2020