Drama By: Syafiqa Irdina February 5, 2020 @ 6:08pm

“King Of OST” – Ramai Jatuh Hati Dengan Suara IPPO HAFIZ Sampai Repeat Banyak Kali!

Nama Ippo Hafiz sudah tidak asing lagi di dalam industri seni muzik tanah air sebagai penyanyi dan komposer lagu runut bunyi atau OST untuk drama tempatan.

Terbaharu, single berjudul “Seadanya Aku” sebagai OST Drama Seadanya Aku yang ditayangkan di slot Akasia TV3, telah menerima lambakan pujian dan tumpuan pengikut drama itu sehingga Ippo sendiri digelar “King Of OST”.

Tidak kurang daripada 17 hari muzik video tersebut dimuat naik, lagu dan lirik ciptaan Fedtri Yahya dan Ippo Hafiz itu telah menghampiri 1 juta tontonan. 

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi  mereka mengenai suara dan melodi lagu ini di ruangan komen Twitter, Instagram dan Youtube seperti berikut:

 

“King Of OST Is Back”

Sumber: Youtube

Sumber: Youtube

 

“Sedap-sedap Belaka”

 

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

 

“Repeat Banyak Kali”

 

Sementara itu, pemilihan bintang utamanya, Zara Zya sebagai pelakon dalam video muzik lagu ini adalah untuk memberikan momentum kepada penonton setia drama itu.

Dalam perkembangan lain,  Ippo akui beliau turut menerima beberapa tawaran syarikat produksi tempatan lain untuk menghasilkan runut bunyi namun, beliau ingin fokus satu persatu untuk menghasilkan karya yang berkualiti.

Buat korang yang belum dengar lagi lagu ini, jom kita layan lagu daripada King of OST!

 

Sumber: Youtube TV3

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Mon, 2 Dec 2019

“Bukannya Saya Mereput Di Rumah” – Izreen Azminda Belum Bersedia Untuk Kembali Berlakon

Anak-anak akan membesar, jadi biarlah dapat luangkan masa bersama mereka.

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Featured Fri, 21 Jan 2022
Hiburan Tue, 5 Feb 2019

Hael Husaini Akui Lagu Di Matamu Kuat

Mungkin tahun ini, rezeki berpihak kepada Haram. Tahniah Hael dan Ezra Kong!

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Featured Mon, 27 Nov 2023
Hiburan Wed, 21 Feb 2018

“I WANTED TO TRY SOMETHING SPECIAL” – FERGIE ON NBA ANTHEM FLOP

Fergie’s rendition of the Star Spangled Banner went viral for all the wrong reasons after she performed it last weekend.