Hiburan By: SGMS Faida November 4, 2018 @ 11:00am

Konsert Dekade Lebih ‘Intim’, Afgan Kongsi Kisah Peribadi Sempena 10 Tahun Dalam Industri

Penyanyi terkenal Indonesia Afgan meraikan ulang tahun ke 10 dalam industri nyanyian bersama para peminat di Plenary Hall, KL Convention Centre, malam tadi.

Dengan kehadiran 2,000 penonton memenuhi ruang dewan, Afgan memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri memilih Malaysia untuk meraikan hari istimewanya ini.

“ Malaysia ibarat rumah kedua bagi saya. Biarpun sering berulang alik ke sini, kunjungan saya kali ini agak berbeza.

“ Ini merupakan kali pertama saya rasa begitu ‘dekat’ dengan penonton. Persembahan ini begitu peribadi lebih-lebih lagi dengan kehadiran kedua ibu-bapa dan rakan-rakan terdekat,” katanya.

Afgan juga menyanyikan sebanyak 24 buah lagu termasuk lagu dari album terbaharunya, Dekade.

Menerusi konsert selama dua jam setengah itu, Afgan sempat berkongsi kisah peribadinya seperti pertama kali jatuh cinta sewaktu di sekolah menengah.

“ Saya pernah menyukai seseorang sewaktu di bangku sekolah dulu tetapi dia sudah berkahwin dan memiliki anak.

“ Tak apalah, jodoh pasti bertemu bukan. Siapa tahu jodoh saya mungkin berada di Malaysia?,” katanya sambil disambut sorakan penonton.

Afgan turut ditemani kumpulan Ruffedge menerusi lagu I’ll Make Love To You diikuti lagu Bila Rindu.

Penyanyi berusia 29 tahun ini sempat berpesan agar sentiasa percaya pada mimpi kerana ia mungkin bakal menjadi kenyataan tetapi harus disertai usaha.

“ Siapa sangka saya dulu seorang yang pemalu tidak pernah menonjol di sekolah akhirnya berada di atas pentas ini. Iya, saya orangnya tidak pernah mendapat perhatian malah selalu dibuli di sekolah.

“ Segalanya bermula dari mimpi. Yang penting sentiasa menjaga hubungan dengan yang maha Esa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Mar 2019

Sumayyah Nama Anak Kedua Syamsul Yusof, Tahniah!

Alhamdulillah…tahniah Syamsul dan Sarah. Semoga dengan kehadiran Sumayyah, rumahtangga kalian makin utuh dan bahagia. Insya Allah.

Events Mon, 4 Nov 2019

网红究竟能赚多少钱?《网红炼精术》为你揭秘

网红到底是什么?网红又是如何赚钱的呢?如何成为网红?

Hiburan Tue, 4 Apr 2023
Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Zen俊倩首创作单曲献已逝挚友!过度感触录音被迫中断

Zen俊倩首推创作单曲《早一点知道》作品献已逝挚友,过度感触录音被迫中断!

Hiburan Fri, 25 May 2018

Bila Dah Pulih, Fendy Kongsi Cerita Ya!

Assalammulaikum kesayangan abang. Untuk makluman semua abang sihat saja kat sini. Sakit pun cuma sikit saja. Tak ada la sampai teruk sangat macam yang hangpa (kamu) tengok tu. Ironman pun boleh sakit, takkan la abang yang macam ni tak boleh sakit…

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Lama menghilang, rupanya…

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Shiha Zikir Bengang Rakan Tak Bayar Hutang

Pandai pinjam, pandai lah bayar balik kan? Ish ish…