Hiburan By: SGMS Faida March 8, 2019 @ 12:23pm

Konsert Zee Avi + NJWA Tangguh Ke 22 Jun 2019

Pihak penganjur konsert sempena Women’s Day With Zee Avi & Njwa mengumumkan persembahan yang sepatunya diadakan pada 22 Mac ini ditangguhkan ke 22 Jun depan.

Menurut Farhan Aizat mewakili pihak penganjur Showlab Ventures, dia memaklumkan konsert terpaksa ditangguhkan atas sebab tidak dapat dielakkan.

“ Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami.  

“ Di samping itu juga beberapa aspek teknikal yang perlu diambil kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya,” ujar Farhan.

Pihak Showlab Ventures berasa kesal dan sedih dengan keputusan penangguhan yang terpaksa dipilih dan telah memilih tarikh 22 JUN 2019 sebagai tarikh terbaru konsert yang mengabungkan dua nama penyanyi yang cukup unik ini.

Bertempat di lokasi yang sama, konsert tersebut akan bermula pukul 8.45 seperti dijadualkan. Bagi anda yang sudah mendapatkan tiket, boleh layari informasi lengkap di laman sosial penganjur iaitu Instagram: @showlab.my atau Facebook: Showlab MY.

NJWA mula dikenali pada tahun 2011 sebagai penyanyi dan penerbit sebelum menggondol anugerah Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik ke-18.

Zee Avi mula mencipta nama sebagai penyanyi pada tahun 2009 melalui album Zee Avi dengan mempertaruhkan single bertajuk Bitter Heart.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 May 2018

Lagu-lagu R Kelly Kena Boikot?

Muzik Kelly masih boleh didapati menerusi perkhidmatan itu tetapi keputusan untuk mengeluarkannya dari senarai lagu bermakna ia tidak akan dipromosi.

Hiburan Sat, 4 May 2019

Buang Imej Gedik, Aliff Syukri Mengaku Sudah Penat…

Saya ada lebih 100 produk untuk diketengahkan, mustahil saya boleh lakukan seorang diri.

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

‘Fresh Orange Ikat Tepi’ Punya Pasal…

Lagi satu, orang jarang beli fresh orange ikat tepi. Selalu teh ais, milo dan lain-lain. Kru siap tanya saya, ada ke orang pernah buat?

Events Mon, 4 Nov 2019

Along Cham Kesal Dilarang Lalu Red Carpet Ketika #ASK2019

Tapi Along tampak segak seperti Wak Doyok kan?

Featured Thu, 7 Oct 2021
Featured Tue, 23 May 2023