“Kurus salah…gemuk pun salah,” demikian jawab pelakon Nina Iskandar yang ‘rimas’ dengan teguran netizen.
Baru-baru ini, Nina telah memuatnaik sekeping gambar yang menampakkan bentuk badannya sedikit berbeza berbanding sebelum ini.
Menerusi ruangan komen, sebilangan besar peminat menunjukkan pelbagai reaksi berbeza.
Tidak berdiam diri, pelakon Setelah Cinta Itu Pergi itu menjawab penampilannya kelihatan berbeza kerana ‘kedudukan’.
“Apa korang ni angle je pun. Chill!,” tulisnya.
View this post on InstagramTHANK YOU SINGAPORE! Flying back to Malaysia with a smile. Alhamdulillah! ?
Sebelum ini, Nina pernah terkait dengan gosip bahawa dia menjalani rawatan kosmetik mengubah bentuk bibir.
Namun begitu, hal ini dinafikan Nina sendiri serta memaklumkan bibir kelihatan berbeza akibat kesan jahitan akibat kemalangan pada November lalu.
Eh…macam-macam betul netizen sekarang ni!