Hiburan By: SGMS Faida February 12, 2019 @ 3:37pm

Mahu Jadi Aktivis Kemanusiaan, Aliff Syukri Mahu Ikut Jejak Langkah Heliza Helmi

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan memasang impian untuk mengikut jejak langkah penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi suatu masa nanti.

Menurut Aliff, dia melihat wanita itu sebagai seorang yang amat hebat melakukan aktiviti kemanusiaan.

” Hari ni rezeki saya berjumpa dengan seorang wanita yang kira pada mata saya sangat-sangat hebat. Di usia muda dia habiskan dengan berbuat amal dan kebajikan,menggadaikan nyawanya utk membantu ramai org di seluruh dunia seperti Syria,Palestin dan Palu.

” Saya ada impian nak ikut jejak langkah dia dan teringin nak ke sana tetapi belum ada kekuatan,” katanya.

Sementara itu, Aliff berdoa agar satu masa nanti hatinya terbuka untuk mengikut jejak langkah Heliza dalam membantu ramai lagi golongan yang memerlukan. 

Dalam masa sama, Aliff turut memuji kecekalan Heliza yang menjelajah ke beberapa negara untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan tanpa memikirkan keselesaan dan keselamatan. 

” Betapa hebatnya dia. Tahniah Heliza, anda seorang wanita yang luar biasa pernah saya jumpa,” katanya.

Sebelum ini, Heliza turut berterima kasih kepada keluarga Aliff Syukri atas sumbangan wang yang diberikan untuk mangsa peperangan di Syria. 

Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 29 May 2022
Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Haqiem Rusli Makin Tenang Selepas Buang Tabiat Lama

Bagaimanapun saya tidak akan memadam laman sosial dan akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini saya…

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

“Sudah Lama Mengidam, Akhirnya…” – Niena Baharun

Sejak berbadan dua, pelakon Niena Baharun ini teringin untuk menjamah ‘raja buah’. Akhirnya…..

Contest Wed, 27 Nov 2019

5 Fakta Menarik Kenapa Korang Patut Join Misi Ejen Ali Rush!

Jom sihat bersama Ejen Ali – Misi Ejen Rush

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

TRIPLE CANTIK! IZARA AISYAH

Jom! Kita lihat beberapa foto Izara Aisyah yang cukup memukau pada Majlis berinai beliau.

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

《校园主播培训营》招募在籍大专生「让梦想发声」

常幻想自己坐在主播台上,以一口标准和流利的华语,为观众传递世界大小新鲜事的新闻主播?还是你梦想成为一位电视节目主持人?机会来了!只要你勇敢踏出第一步,就能离梦想更近一步。

Featured Tue, 12 Mar 2024

“I Know What I Want In A Guy”- Ruhainies Mengaku Fobia Nak Kahwin? Pilih Lelaki Bertanggungjawab Berbanding Yang Kaya

Kalau Ruhainies pilih yang betanggungjawab daripada yang kaya. Agak-agak Korang pilih yang mana?