Hiburan By: SGMS Faida August 16, 2019 @ 5:15pm

Melangkaui Sempadan…Bahang ABP32 Makin Terasa!

Bahang kehangatan Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) semakin dirasai apabila finalis bagi 15 kategori utama serta lima kategori online diumumkan pada majlis sidang media pengumuman Top 5 ABPBH 32 yang diadakan di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur hari ini.

Penganjuran ABPBH 32 kali ini mendapat tajaan utama daripada produk komestik Alha Alfa bagi dua tahun berturut-turut, sejak 2018. Tidak ketinggalan, perkhidmatan pembayaran elektronik, DuitNow, menjadi Penaja Bersama ABPBH 32. Manakala Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur menjadi Penaja Lokasi Sidang Media ABPBH 32.

Pencarian Bintang Popular untuk semua kategori yang dipertandingkan telah bermula pada 15 Julai 2019 dan berakhir pada 14 Ogos 2019. Manakala undian pusingan kedua akan diadakan bermula 20 Ogos ini sehingga 15 September. Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH www.abpbh.com.my

Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Datuk Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata bersesuaian dengan slogan baru BH ‘Wadah Pembaharuan’ dan usia kematangan ABPBH, pihak BH telah membawa pembaharuan dalam kategori pencalonan bagi menggambarkan senario industri hiburan pada masa kini.

“Untuk bertahan lebih tiga dekad, bukan sedikit cabaran dihadapi kami sebagai penganjur ABPBH untuk memastikan acara anugerah pilihan peminat berprestij ini terus relevan dan mencuri tumpuan ramai,” katanya pada majlis sidang media pengumuman Top 5 ABPBH 32 di sini, petang ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Television Networks, Shamshul Azree Samshir, Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32; Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Dato’ Abdul AI Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Dato’ Alha dan wakil daripada DuitNow ialah Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Payments Network Malaysia (PayNet).

“Kembali dengan tema ‘Melangkaui Sempadan’, edisi ke-32 ABPBH memperlihatkan suatu usaha menyeluruh baik daripada segi penambahbaikan pakej tajaan, kandungan, mekanik penganjuran, pencalonan, pengundian sehinggalah aktiviti bersama artis serta kelab peminat, sejak dilancarkan pada 15 Julai lalu,” kata Datuk Zaini.

“Langkah paling drastik, sesuai dengan tema tahun ini, dua kategori baharu iaitu Artis K-pop Popular dan Artis Indonesia Popular diperkenalkan dalam kategori utama sebagai lambang kematangan ABPBH, selain mengangkat acara anugerah ini ke peringkat antarabangsa.

“Maklum balas diterima daripada dua kategori baharu balas diterima daripada pencalonan memberangsangkan, sekali gus membuktikan ABPBH masih relevan dan terus berevolusi mengikut perkembangan dan cabaran globalisasi. Namun, masih berpegang kepada teras penganjuran ABPBH yang lalu, pemenang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 32 kekal milik artis tempatan yang bersaing dalam 13 kategori utama yang lain.

“Ini bermakna trofi paling berprestij itu bakal menjadi milik juara yang meraih kutipan undian tertinggi dalam kategori berikut iaitu Artis Baharu Lelaki Popular; Artis Baharu Wanita Popular; Pelakon Filem Lelaki Popular; Pelakon Filem Wanita Popular; Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa dan Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa,” tambah Datuk Zaini.

Turut dipertandingkan Penyanyi Lelaki Popular DuitNow; Penyanyi Wanita Popular DuitNow; Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular; Artis Komedi Popular; Artis Versatil Popular; Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Datuk Zaini turut menjelaskan bahawa peminat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pemenang yang layak bagi setiap kategori dan juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 32.

“Pencalonan diberikan kepada artis yang mempunyai produk yang dihasilkan mulai Januari 2018 hingga Disember 2018. Selain itu, nama yang tercalon adalah yang semestinya popular dan memberi impak kepada industri hiburan tempatan,” katanya.

Pengumuman lanjut mengenai pengendalian acara dan hebahan lain akan dilakukan penganjur dari semasa ke semasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 May 2018

Luahan Akim Buat Arwah Ibu

Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya,” tulis beliau.

Events Mon, 18 Mar 2019

IKEA Terbesar Dibuka Di Penang

Berita baik buat orang Utara! IKEA kini membuka gedung pertamanya di daerah Batu Kawan, Pulau Pinang.

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Layarlah Kembali Momen Filem Pulang Anda Bersama Dayang Nurfaizah

Bagi sesiapa sahaja yang telah menyaksikan filem Pulang pastinya anda bukan sahaja dapat menghayati setiap pengorbanan dalam cerita ini, malah turut terbuai dengan kelunakan suara Dayang Nurfaizah menerusi lagu Layarlah Kembali bukan?

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Lisa Dan Yusry Nak Anak Lagi?

Semoga yang terbaik buat Lisa Surihani dan Yusry!

Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Contest Mon, 28 Oct 2019

#xtragiveaway World’s First-Ever “Train To Busan” Horror House Experience Contest; 12 Free Tickets To Give Away!

You know what’s better than a good haunted house during Halloween? Yup, it’s FREE haunted house! So what are you waiting for? Join in the contest now!