Hiburan By: SGMS Faida June 7, 2018 @ 5:02am

12 Jam Untuk Anak-Anak, Ziana Zain Seronok!

Kedatangan Syawal yang bakal tiba tak lama lagi pastinya ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam.

Yang pasti, anak- anak pasti lebih bersemangat dan persiapan sudah tentu lebih rapi! Bagi penyanyi Ziana Zain, Syawal kali ini tetap disambut meriah walaupun dirinya sedang diuji dengan kemelut rumah tangga.

Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata ini membawa empat orang anaknya membeli belah segala persiapan menjelang Syawal ini.

“ Saya meluangkan masa hampir 12 jam berbelanja dengan anak-anak sebagai persediaan menyambut lebaran,” katanya.

Tambah Ziana, kesemua anaknya bebas memilih sendiri pakaian dan kasut untuk digayakan pada Syawal nanti.

” Alhamdulillah, semuanya sudah lengkap dan masing-masing puas dengan pilihan mereka.

“ Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa. Penat tapi memang seronok, apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan mereka,” akhiri Ziana memberitahu anak-anaknya memilih pakaian mengikut selesa dan tidak hanya memandang jenama.

Ziana memiliki empat orang anak hasil perkahwinannya dengan Armin Zaharin iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta
pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

LOONA’s Huge Popularity in KCON USA, Billboard Declares Them as Global Rookie

Orbits prove that stanning LOOΠΔ was never a mistake and it shows! Congratulations LOOΠΔ!

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Zizan Gunakan Platform Media Sosial Untuk Kekal Relevan Sebagai Pelawak

Berbual dengan Zizan, memang tak kering gusi dibuatnya.

LIFESTYLE Fri, 9 Mar 2018

Kenali si Introvert, Bukan sombong tapi…

Bila si extrovert rasa bosan duduk rumah seorang diri, si introvert pula sangat tenang dan happy. Mereka lebih habiskan masa membaca, berfikir, termenung dan adakala bermonolog sendiri. Jana idea lebih kreatif, si introvert lah heronya!

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Kekasih Lama Tagih Semula Cinta Che Puan Juliana Evans…

Wow! Beraninya kekasih lama datang semula kan?

Featured Sun, 12 Nov 2023

Anggun Mengenakan Busana Merah Hati, Rossa Sera Akhirnya Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Tahniah! Moga pilihan hati kali ini kekal hingga ke syurga❤️❤️

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Fri, 19 May 2023