Hiburan By: SGMS Faida October 2, 2018 @ 11:00am

Ini Baru From ‘Zero To Hero’, Shuib Kini Bergelar Jutawan?

Walaupun pernah gagal dalam perniagaan beberapa kali sebelum ini, anggota kumpulan Sepahtu, Shuib tetap optimis membangunkan perniagaan madu asli berjenama Bee Factory.

Ternyata percaturannya kali ini membuahkan hasil apabila perniagaan ini dapat menjana pendapatan mencecah jutaan ringgit.

Malah, produk Bee Factory turut dijual di platform e-dagang terkemuka, Shopee membantu dalam penjenamaan dan pemasaran produk yang kian popular ini.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad menyifatkan, kejayaan itu diraih berkat sokongan isteri tercinta yang menjadi sumber kekuatan.

Dengan perniagaan yang semakin stabil, tidak hairanlah Shuib kini digelar jutawan. Betul tak? 

“ Masih terlalu awal untuk meletakkan dirinya sebagai jutawan kerana dia tidak memiliki wang sebanyak itu.

” Jika jutawan, saya sudah ada wang berjuta-juta, tetapi saya belum sampai ke tahap itu. Insya-Allah, saya sedang berusaha ke arah itu kerana bukan baru setahun dua berniaga. Sudah enam tahun saya memulakan perniagaan, banyak yang saya lalui,” katanya kepada BH Online.

Shuib turut berkongsi kisahnya yang nekad untuk melepaskan kerjayanya sebagai penyampai radio demi Bee Factoy.

” Selepas sebulan memulakan perniagaan, saya lihat potensi perniagaan ini boleh maju membuatkan saya nekad berhenti kerja sebagai penyampai radio pada Disember lalu.

“Saya pernah bertanya pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, mengenai perkara itu. Dia tanya, kenapa saya mahu berhenti sedangkan masih perlu mengukuhkan nama? Apabila saya memaklumkan mahu berniaga madu, dia memuji usaha saya.

“Sejak itu, saya mendapat semangat luar biasa. Kami bermula kosong, tanpa pejabat, tetapi kini segala-galanya sudah ada. Saya berhasrat menjadikan syarikat ini peneraju industri madu terbesar di Malaysia,” katanya yang kini memiliki lebih 20 stokis di seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Lilly Singh Expressed How ‘Fairness Creams’ Shouldn’t Even Exist

Lilly Singh takes on the dark side of skin-lightening creams and how it creates a huge problem in India.

Hiburan Tue, 25 Feb 2020
Featured Tue, 7 Sep 2021

Kelonggaran Fasa 1 PPN Untuk Industri Kreatif, Hanya Untuk Penerima Dua Dos Lengkap

Kerajaan hari melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula 9 September untuk mengurangkan bebanan lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob […]