Hiburan By: Del14 January 21, 2020 @ 9:00pm

Naim Daniel Nafi #SembahNaim Pesongkan Akidah

Tindakan pelakon dan penyanyi berbakat, Naim Daniel menggunakan tanda pagar #sembahnaim bagi mempromosikan single terbarunya berjudul Sembah dipersoal segelintir netizen kerana menganggap tanda pagar itu tidak sesuai digunakan dan mempunyai unsur-unsur pemesongan akidah. 

Namun, Naim menjelaskan tanda pagar tersebut digunakan bagi memudahkan pencarian di Internet dan media sosial oleh netizen tanpa sebarang niat untuk memesongkan akidah sesiapa.

“Sejak single pertama hingga single kelima, saya tak pernah wujudkan sebarang kontroversi kerana saya sendiri pun tak ada masa untuk itu. 

“Saya wujudkan tanda pagar itu untuk memudahkan pencarian di Internet dan media sosial sekiranya lagu itu dilancarkan kelak. Namun, tak sangka pula ada pihak yang berpendapat berbeza mengenainya,” kata Naim kepada Harian Metro. 

Tambah finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34 itu, single terbarunya yang berjudul Sembah  bukanlah bermaksud untuk menyembah sesuatu kerana perkataan sembah juga boleh digunakan bagi maksud persembahan. 

Dalam pada itu, Naim berterima kasih kepada peminatnya yang tidak mudah melatah dan  memandang tanda pagar #sembahnaim dari sudut yang positif kerana faham apa yang cuba dilakukannya lebih-lebih lagi kerana dia juga menggunakan tanda pagar #sumpahnaim bagi lagu popularnya, Sumpah yang bakal berentap di AJL 34 nanti.

“Sembah tak bererti menyembah.  Ia juga membawa maksud persembahan dan jalan cerita dalam lagu ini bukanlah mengenai menyembah apa-apa.

“Tak semua orang menganggap tanda pagar #sembahnaim itu sebagai satu perkara negatif kerana ramai juga yang faham,” katanya lagi. 

Lagu Sembah ciptaannya bersama Ikkie itu akan dilancarkan secara rasmi selepas Naim selesai dengan pertandingan AJL 34 yang akan berlangsung pada 9 Februari akan datang. Lagu Sembah juga bakal menampilkan penampilan khas dari pemain gitar lagenda, Man Kidal. Mesti best!

 
 
 
View this post on Instagram

SEMBAH // ND featuring @man.keedal when should i release this one? #sembahnaim

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

 Kredit Foto: Instagram @naimdanielx

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

邓紫棋任2018饥饿30爱心大使「带全家人来参与!」

铁肺歌手G.E.M.邓紫棋今日已马来西亚世界宣明会2018《饥饿30》爱心大使的身份出席饥饿30推介礼,正式为今年的饥饿30活动掀开了序幕!

Featured Thu, 29 Jul 2021

“Ini Bukan Caranya, Sekarang Allah Juga Boleh Kasi Lu Susah..”- Ramai Selebriti Buka Mulut Isu Carl Samsuddin

Isu melibatkan usahawan muda, Carl Samsuddin yang bersikap biadap terhadap warga emas ketika membuat ceramah motivasi bertajuk ‘ubah diri’ di sebuah pusat transit menimbulkan kemarahan orang ramai. Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada […]

Contest Mon, 15 Jul 2019

Wow! Peminat #ICSYVMYSuaraSiapaTu, Berpeluang Menang RM2000!

Stay tune bagi korang yang nak menang duit RM2000 tu!

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Sherry Al Hadad Kunjungi Kediaman Bekas Wartawan 999

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat Abang Mazidul. Insya Allah…