Hiburan By: Ad Ops August 22, 2018 @ 3:00pm

Netizen Anggap Sharifah Sakinah ‘Wakil Rakyat’

Mentang-mentang pelakon dan pengacara, Sharifah Sakinah seorang yang agak lantang bersuara, netizen menganggap dirinya seperti wakil rakyat untuk menyuarakan pendapat bagi pihak mereka.

Baru-baru ini, terdapat individu yang meminta Sakinah menegur sikap selebriti popular, Fazura yang dianggap ‘hipokrit’. Kenapa pula tu?

Malah, Sakinah juga dilihat mendedahkan e-mail yang diterima olehnya menerusi Instagram miliknya.

 

Fazura dilabel sebagai seorang yang cakap tidak serupa bikin kerana pelakon itu menggunakan model berbadan gempal sebagai gimik dalam pertunjukan fesyen Fazbulous dengan slogan ‘Beauty Comes In All Sizes’ pada KLFW2018 baru-baru ini, tetapi hakikatnya Fazura tetap mempromosikan ubat pelangsingan badan di media sosial beliau.

Sakinah menegaskan beliau bukan ‘wakil rakyat’ untuk menyuarakan pendapat netizen diluar sana. Tetapi, beliau tetap bersuara sebagai seorang public figure, kerana bagi Sakinah masyarakat tetap akan mencari kesalahan mereka walau apa pun yang dilakukan.

Pada masa yang sama, beliau menasihati pengirim e-mel tersebut untuk ‘move on’ dan lupakan kes Fazura.

Apapun, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Sakinah. Mungkin individu terbabit menyalah anggap tujuan sebenar  Fazura menggubakan model berbadan gempal sempena KLFW 2018 yang lepas. So, diharap netizen diluar sana lebih bersikap terbuka terhadap idea dan kreativiti seseorang artis itu okay!

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Drama AJL 33, Jom Tonton Misi Penculikan Cinta Malam ESOK!

Saksikan drama Misi Penculikan Cinta lakonan Sissy Iman, Niezam Zaidi, Sweet Qismina. Alif Hadi dan Nur Aliah Lee di slot cerekarama pada jam 9 malam esok.

Hiburan Sun, 2 Jun 2019

Kecewa Tiada Tawaran Berlakon, Reza Hasbi Ambil Upah Pasang Siling Rumah

Alhamdulillah…ada rezeki lain buat Reza & keluarga. Jangan putus asa kerana rezeki akan ada jika kita tidak berputus-asa!

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Saya Yakin Dengan Pilihan Saya” – Abby Abadi Turun Berkempen

Bagus abby abadi didik anak-anak tentang politik

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Izzue Islam’s Concerns on Self Health Issues

The health condition might give a bad affect on his working schedules.