Hiburan By: SGMS Enal June 18, 2018 @ 4:00pm

Netizen Mahu Nora Danish Ganti Neelofa

Nora Danish tidak muncul di kaca televisyen sejak melahirkan, Ney Ney. Walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Nora masih lagi kekal cantik persis anak dara.

Semalam, Nora mengacarakan program di salah satu televisyen swasta menggantikan tempat Neelofa. Rata-rata penonton memuji Nora yang tampil bersahaja ketika mengacara dan tidak kekok mengendalikan program tersebut.

Ramai yang sukakan cara Nora yang tidak cuba meniru gaya orang lain dan tidak keterlaluan sebagai pengacara.

Tidak kurang juga ada meminta supaya Nora dikekalkan sebagai pengacara bersama Nabil Ahmad. Kata netizen lagi, gandingan Nora bersama Nabil sememangnya menjadi.

Apa pun, Nora dan Neelofa ada aura dan keistimewaan mereka tersendiri dalam bidang pengacaraan. Namun, memang tidak dinafikan Nora sememangnya seorang selebriti serba boleh dan tidak nampak gugup mengacarakan program yang disiarkan secara langsung itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Nov 2023
Contest Mon, 25 Oct 2021

Kamal Adli & Ain Edruce Hos Baru Program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3!

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita versi Malaysia kini kembali untuk musim ke-3 (LCK3). Bersiaran selama 8 episod, LCK3 akan menampilkan […]

Featured Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Diiktiraf Lelaki Paling Seksi, Apa Komen Remy Ishak?

Saya tak pernah rasa seksi atau kacak pun, malah tak rasa saya popular pun

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Hans Issac Dilantik Pengerusi FINAS, Tahniah!

Saya juga berharap agar ahli-ahli lembaga FINAS akan memberikan kerjasama yang penuh kepada Dato’ GeraldHans Isaac dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.