Hiburan By: Salma Syahbuddin November 20, 2017 @ 12:13pm

NOVEMBER MUSIM ARTIS BERTUNANG

Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah dan Pasangannya, Haris Idraki Elias kerana telah mengikat tali pertunangan pada 4 November 2017 dikediaman penyanyi itu di Petaling Jaya.

Bagi Shila, walaupun usia perkenalan mereka baru 3 bulan, dia memilih Haris kerana Haris seorang yang bertanggungjawab dan seorang lelaki yang baik.

Walaupun pertunangan ini tidak digembar-gemburkan, namun terdapat segelintir pihak media yang dapat menghidu majlis pertunangan penyanyi cantik yang anggun dalam busana berona merah jambu ini. Bagi Shila, dia bukan tidak mahu menghebahkan perkara baik ini, tetapi tindakannya bersebab, dan sebab itu adalah bagi menghormati pihak lelaki.

Sama cantik, sama padan shila Amzah dan pasangannya.

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan Rody melamar Nina menggunakan Social media untuk menjadi kekasih hatinya, akhirnya Rody Kristal selamat mengikat tali pertunangan dengan penjaga gol Skuad Futsal Kebangsaan, Nina Azman atau nama penuhnya Nur Izwani Azman. Pertunangan ini selamat dijalankan di kediaman Nina di Kulai, Johor.

Rody (Kristal) dan Penjaga Gol Skuad Futsal Kebangsaan, Nina Azman selamat bertunang.

Rody dan Nina memeberitahu berita gembira itu menerusi laman Instagram mereka. Dan rata-rata pengikut mereka mengucapkan tahniah dan berharap hubungan ini sampai ke jinjang pelamin.

Kedua-dua pasangan ini juga bersyukur kerana majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh keluarga dan kawan-kawan rapat.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Shila Amzah dan Rody Kristal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Dec 2023

Kongsi Rutin Diet, Khairul Aming Hilang 20 Kilogram Sepanjang 2023

Siapa nak kurus tu bolehlah tanamkan azam mulai sekarang! Usaha tak pernah mengkhianati hasil❤️

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Sat, 14 Apr 2018

Insan Lain Punca Hubungan Putus – Zahirah MacWilson!

Apa maksudnya insan lain itu agaknya? Hanya kedua mereka yang faham kiasan masing-masing.

Hiburan Tue, 17 May 2022
Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Hiburan Fri, 14 Jul 2023
Hiburan Mon, 5 Aug 2019