Hiburan By: Del14 January 20, 2020 @ 6:23pm

Pamer Kemesraan Di SAG Awards, Aksi Brad Pitt dan Jennifer Aniston Jadi Perhatian

Hari yang penuh emosi dan bersejarah bagi bekas pasangan suami isteri, Brad Pitt dan Jennifer Aniston di Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2020 pagi tadi apabila Brad Pitt diumumkan sebagai pemenang Outstanding Performance by a Male Actor in a Supporting Role menerusi filem ‘Once Upon a Time In Hollywood’ manakala Jennifer Aniston pula memenangi kategori Outstanding Performance by a Female Actor in a Drama Series menerusi lakonannya dalam ‘The Morning Show’. 

Namun, yang mencuri perhatian ramai adalah aksi-aksi yang memaparkan kemesraan Brad dan Jennifer apabila kedua-duanya menerima trofi kemenangan dan mereka dirakamkan sedang mendengar dengan penuh khusyu’ ucapan kemenangan yang diberikan.

Brad sehinggakan berhenti dari melakukan apa-apa hanya untuk menonton ucapan kemenangan Jennifer di kaca televisyen di sebalik tabir. 

Selepas acara SAG Awards, mereka kemudiannya dirakamkan sedang berbual mesra sambil tersenyum lebar dan walaupun menyedari aksi-aksi mereka sedang diperhatikan dan dirakamkan oleh jurugambar, Brad dan Jennifer seperti tidak mengambil endah dan tidak menyembunyikan emosi mereka daripada umum. 

Foto ihsan IG @enews

Malah, ketika Jennifer mahu beredar, Brad sempat memegang pergelangan tangannya dan perbuatan itu dengan pantas dirakam oleh lensa-lensa jurugambar. 

Foto ihsan IG @enews

Terdahulu Brad Pitt dan Jennifer Aniston telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 sebelum berpisah pada 2005 apabila gosip timbul yang Brad bermain kayu tiga dengan aktres jelita, Angelina Jolie sewaktu kedua-duanya bergandingan di dalam filem Mr and Mrs. Smith. 

 

Kredit Foto: Instagram @Enews

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Jun 2022

“Kepada Sesiapa Yang Sondol Selepas Ini Perlu Lebih Berhati-Hati” – Enggan Terus Dipijak, Puteri Sarah Saman Ira Kaza

Puteri Sarah akhirnya saman Ira Kazar yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya.

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Dakwaan Dah Kahwin, Tunang Justin Bieber Mula Bersuara

Penyanyi terkenal Justin Bieber dilaporkan sudah berkahwin dengan tunangnya yang merupakan seorang supermodel, Hailey Baldwin, baru- baru ini.

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Adi Putra Nikah Semula Lagi?

peminat Adi Putra apabila pelakon berkenaan telah melangsungkan pernikahan semula bersama bekas isterinya, Aida Yusof pada tarikh 18 Januari 2018. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Adi dan juga Aida di laman Instagram mereka.   “Syukur […]

Hiburan Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Fri, 9 Jun 2023