Hiburan By: SGMS Faida November 28, 2019 @ 2:35pm

Perjuang Bahasa Kelabit, Alena Murang Tampil Dengan Midang-Midang

Alena Murang, penyanyi yang mempersembahkan keunikan tersendiri dalam memperkenalkan dirinya dalam industri hiburan tanah air.

Buktinya, dia tidak memilih lagu-lagu bergenre biasa yang kebanyakannya diputarkan di radio tetapi memilih memperjuangkan muzik bahasa Kelabit.

Lagu Midang-Midang dihasilkan dalam bahasa Kelabit sepenuhnya.

“Lagu ini memaparkan tradisi etnik Kelabit di Miri dan Bario, Sarawak.

“Ia bermaksud jemur di tengah panas. Idea terhasil ketika saya bertemu dengan seorang makcik yang menyanyikan lagu Midang Midang ketika berjumpa.

“Saya garap ia menjadi sebuah lagu yang lebih ‘besar’ dengan bantuan sepupu,” katanya lagu ini siap dirakam pada tahun 2016.

Tambah Alena, dia berhasrat mengetengahkan seni dan budaya di Sarawak dalam lagunya.

“Bahasa etnik sudah semakin pupus dan dilupakan. Ini salah satu usaha saya dalam mengekalkan untuk didengari oleh generasi akan datang,” akhirinya.

Muzik video Midang-Midang sudah boleh ditonton di Youtube sejak 27 November 2019.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Nabil Mahir Dan Sarah Hilderbrand Putus?

Betul ke putus? Tak kot…

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Tue, 4 Jun 2019

黄浚维领奖学金赴中国深造!获中国流行乐大师班认证

黄浚维领奖学金赴中国深造,获中国流行乐大师班认证「四科状元」流行音乐教育家。

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Hiburan Tue, 22 May 2018

Nurul Izzah Janji Bawa Radiohead Datang Malaysia!

Nurul Izzah telah berjanji akan membawa kumpulan muzik tersebut sekiranya berjaya menawan Putrajaya.