Hiburan By: SGMS Faida March 27, 2019 @ 3:40pm

PITAHATI Gabung Muzik Klasik Moden Dalam ‘Naraka’

Kumpulan PITAHATI kini kembali dengan lagu terbaharu berjudul Naraka yang menjadi lagu tema bagi drama Jibril yang ditayangkan di TV3.

Lagu Naraka gabungan nuansa muzik 70an, 80an serta moden ini sarat dengan mesej mesej tersembunyi dan tersirat yang sesuai menjadi intipati dan jiwa siri drama tersebut. 

PITAHATI yang dibarisi vokalis Ilham, gitaris Zahar, pemain dram Yasin, pemain bass Masrin dan gitaris Hidayat sebelum ini pernah menghasilkan lagu seperti Bintang Biru Kristal Salju dan Melayar dan lagu Sahabat yang dijadikan skor untuk filem Terbaik Dari Langit. Istimewanya, lagu itu tercalon di Festival Filem Malaysia yang ke 26 untuk Skor Musik Terbaik dan Lagu Tema Terbaik

Lebih istimewa, PITAHATI kini dalam siri jelajah negeri di semenanjung Malaysia bermula hujung tahun lalu menerima sambutan yang baik dari para peminat di semua tempat tempat persinggahan mereka.

Mereka dijadualkan berada di Insider Satellite Ipoh, Perak 30 Mac ini sebagai lokasi terakhir konsert jelajah mereka. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 2 Jan 2024
Featured Sun, 14 May 2023
Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Featured Wed, 27 Oct 2021

Tak Tahan Digganggu, Tindakan Berani Gadis Ini Menegur Lelaki Yang Mengikutinya Dapat Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak takut apabila terdapat lelaki tidak dikenali memerhati dan mengganggu ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Pada Selasa yang lalu, satu video di TikTok tular dimana seorang gadis berhadapan dan menegur lelaki […]

Events Sat, 12 Aug 2023

PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Wah, agak-agak siapa yang menang PRN malam ni??

Hiburan Mon, 4 Feb 2019
Hiburan Fri, 11 Nov 2022

Ada Yang Kecam Kerana Tak Tahu Beza Mengucap & Ayat Kursi, Netizen Pertahankan Ratu Farah – “Dia Nervous Tu”

Pempengaruh, Ratu Farah Diva terkenal dengan video ‘pick up lines’ dan tarian ‘pelik’ sering menjadi bualan warganet di media sosial. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @sugehresort di akaun TikTok mereka yang […]

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah Fizi Ali Dah Bergelar Bapa!

Alhamdulillah…Tahniah Fizi & Shakilla!