Hiburan By: SGMS Enal July 13, 2019 @ 12:00pm

‘Ramai Mahu Tengok Saya Bercinta Dengan Kamal’- Uqasha Senrose

Keserasian gandingannya bersama Kamal Adli dalam drama Setelah Terlafaznya Akad membuatkan ramai peminat ingin melihat mereka bercinta.

Namun, bagi Uqasha Senrose, perkara berkaitan soal hati tidak boleh dipaksa, tambahan pula ketika ini, dia mahu memberikan fokus terlebih dulu kepada kerjaya.

“Mungkin kerana masing-masing masih solo, jadi ramai berharap hubungan baik kami berlanjutan hingga ke luar lokasi penggambaran.

“Soal hati dan perasaan di luar kawalan saya, malah perkara itu belum saya fikirkan secara serius kerana mahu terlebih dulu membina kerjaya,” katanya.

Uqasha yang membawa watak Nawal dalam drama itu bagaimanapun, mengakui selesa bergandingan dengan Kamal yang pada matanya tenang dan kelakar.

“Banyak yang saya belajar daripada Kamal, terutama mengenai lakonan. Berbanding saya, dia lebih berpengalaman dalam selok-belok lakonan. Keserasian itu tercipta mungkin kerana kami lama di lokasi penggambaran.

“Hampir lima bulan kami bersama menyiapkan drama itu. Jika ramai yang suka, itu bonus kerana ia bermakna, gandingan kami menjadi. Lagipun, keserasian bukan perkara yang boleh dibuat-buat dan penonton dapat menilainya menerusi persembahan kita di skrin televisyen,” katanya.

Sementara itu, Uqasha turut menafikan, perkahwinan adiknya, Nelydia Senrose pada April lalu, memberinya tekanan untuk segera mencari jodoh.

“Sudah jodoh dia berkahwin pada usia muda dan pilihan itu terbaik untuknya. Pada usia 26 tahun, saya rasa masih lagi awal untuk mendirikan rumah tangga. Untuk apa memaksa diri jika masih belum bersedia.

“Saya gembira dengan kehidupan Nelydia yang semakin teratur. Soal lambat atau cepat bertemu jodoh, saya serahkan kepada takdir. Saya tidak mahu mendesak diri hanya kerana memenuhi permintaan orang lain,” katanya.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jan 2024

Terkilan Tak Dapat Hadir Ke Majlis Pengebumian, Shamsul Ghau Ghau Masih Belum Dapat Proses Berita Pemergian Arwah

Tak ada rezeki Paksu nak tengok arwah buat kali terakhir. Salam takziah buat keluarga Hamdan Senario

Featured Tue, 5 Jul 2022
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Ramai Yang Puji Di Media Sosial, Warner Bros Ucap Terima Kasih

Filem Joker Kini Jadi Filem Nombor 1 Di Malaysia

Featured Tue, 8 Nov 2022

“Sama Cantik Sama Padan!” – Keserasian Iqbal Zulkefli & Wafariena Curi Tumpuan Netizen

Sudah sekian lama tidak mendengar khabar mengenai usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli di laman sosial. Sebelum ini sering menjadi bualan warganet gara-gara kontroversi percintaannya bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida. Kini, dia kembali dengan memuat naik […]

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7: Ada Sebab Hafiz Pilih Amal, Azmirul Jadi Protege

Kenapa agaknya Hafiz memilih protege lelaki untuk program Mentor 7?

Events Fri, 29 Jul 2022

Kes R*gol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari Lagi

Moga keadilan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah

Featured Wed, 12 Oct 2022