Hiburan By: SGMS Faida May 8, 2018 @ 3:19pm

Riri Bakal Kahwin Jutawan Arab?

Penyanyi popular Rihanna dilaporkan sudah mempersiapkan diri untuk mengahwini kekasihnya yang merupakan seorang jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel.

Menurut laporan Hollywood Life, Rihanna sudah bersedia untuk menuju ke alam perkahwinan dan menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Rihanna dan Hassan sering bercakap mengenai hala tuju hubungan mereka dan mahu mendirikan rumah tangga bersama-sama.

“Hassan masih belum melamar Rihanna namun jika dia melakukannya sudah pasti Rihanna akan bersetuju dengan lamaran tersebut.

“Rihanna mengakui Hassan merupakan lelaki impiannya kerana dia kagum dengan sikap ambil berat yang ditunjukkan kepadanya sejak mereka mula bercinta setahun yang lalu.

“Hassan juga sentiasa menyokong kerjaya seni Rihanna dan membantu dia untuk memajukan perniagaan yang dijalankan supaya berkembang pada tahap seterusnya,” kata sumber.

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.

Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara Timur Tengah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Bintang Utama K-Drama Goblin, Gong Yoo Dan Lee Dong Wook ‘Reunited’ ?

Peminat K-Drama Malaysia, are you guys excited for their reunion?

Featured Tue, 7 Feb 2023
Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Disoal Nama Penuh, Respons Anak Eyra Hazali Buat Netizen Ketawa – “Hayder Qhalish Bin Tak Payah!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Baru-baru ini, Eyra berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter yang memaparkan […]