Hiburan By: Salma Syahbuddin December 6, 2018 @ 7:34pm

Saksi Akui Ditampar, Ditendang Perut Dan Kemaluan Oleh Pelakon Popular Ini

Kontroversi melibatkan pelakon dan pengarah popular, Farid Kamil sekali lagi dibangkitkan harini apabila seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret Petaling Jaya bahawa Datuk Farid Kamil menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali termasuklah dibahagian kemaluannya di Balai Polis Trafik, Kota Damansara.

Bekas eksekutif akaun syarikat swasta, Asharaf Ahmad, 35 berkata kejadian yang berlaku pada 11 Januari lalu itu, dia yang sedang memandu kereta pacuan empat roda jenis Myvi itu sedang memandu di tepi Jalan Tropicana sebelum terlihat pelakon ini berjalan sendirian dengan tidak memakai baju dan seperti meminta bantuan. 

“Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai an selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya membuat pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum baru menyedari lelaki itu adalah Farid Kamil.

 “Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya terbabit dalam kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara,” katanya.
 
Ashraf yang juga saksi pertama pendakwaan berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes empat pertuduhan jenayah dihadapi pelakon itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Menurutnya,  dia hanya mula menyedari Farid berkelakuan pelik apabila ketika perjalanan ke balai polis, tertuduh bertindak menarik stereng kereta berkali-kali sehingga dia terpaksa menegur perbuatan pelakon itu selain meminta baju-T yang sedang dipakainya.

“Apabila sampai di balai polis, kami terus ke bahagian kaunter dan Farid menunjukkan kepada salah seorang anggota di situ mengenai satu artikel ‘300 artis hutang Ah Long’ di dalam telefon bimbitnya sebelum dimaklumkan beliau perlu ke Balai Polis Sunway Giza bagi kes jenayah.

“Selepas itu, Farid mula bertindak agresif apabila dia secara tiba-tiba menjerit ke arah saya dan polis itu dengan mengatakan ‘kau kenal siapa aku?’ sebelum menampar saya di pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing,” katanya.

Mengulas lanjut kejadian itu, Ashraf berkata, selain dirinya, Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun dengan berkata ‘polis bodoh..polis jahat’ sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain dan dibawa ke belakang balai polis serta digari.

“Anggota polis menyuruh Farid yang ketika itu dalam keadaan bergari supaya duduk di lantai, namun dia kemudian menendang saya di bahagian perut sehingga senak dan Farid kemudian berlari ke dalam tandas.

“Selepas Farid bertindak agresif, beberapa anggota dari Balai Polis Mutiara Damansara datang untuk memberi bantuan dan dalam pada itu, Farid sempat menendang di bahagian kemaluan saya,” katanya.

Ketika disoal oleh Alia jika dia ada mendapatkan rawatan ekoran perbuatan pelakon itu, dia memaklumkan ada pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam hari kejadian untuk membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku.

Farid diwakili oleh peguam Megat Syazlee Mokhtarom sebelum ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 petang pada tarikh yang sama.

Semasa prosiding itu dijalankan, isteri Farid, pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle turut hadir bagi memberikan sokongan, namun tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah sepanjang prosiding kerana Diana berpotensi menjadi saksi bagi kes berkenaan.

Sumber  : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah! Ahmad Idham Kini CEO Finas

Tahniah sekali lagi buat pelakon drama Cinderella ini

Events Wed, 8 Feb 2023

Bersedia Jadi Suami, Aiman Tino Bakal Bernikah Selewatnya April Tahun Ini

Tahniah Aiman & Syarah! Semoga dipermudah urusan 😍

Hiburan Fri, 12 Aug 2022

“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

Wahhh! Kalau memang berjodoh apa salahnya kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

Featured Sun, 12 Dec 2021

“019 & 016 Je Beza” – Diserang Kerana Mempunyai Nombor Telefon Serupa Milik Pembuli MRSM, Mangsa Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular tangkap layar perbualan WhatsApp melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar yang membuli rakannya itu memohon maaf kepada ibu bapa mangsa kerana membuli anak mereka.   […]

Trending Hari Ini Fri, 5 Jun 2020

Gerhana Bulan Penumbra Dijangka Berlaku Awal Pagi Esok

Fenomena ini dijangka bakal bermula pada pukul 1.45 pagi dan berlaku sekitar tiga jam dan 18 minit.

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting Habis Ayah Yuna, Cayalah!

bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan mendendangkan 2 buah lagu di majlis perkahwinannya

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak

Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak, Bukan Nak Perli Elyana,” – Dato Vida