Hiburan By: Del14 September 4, 2019 @ 11:22pm

Saya Boleh Terima Teguran Tapi Bukan Cacian – Sharifah Amani

Kisah Datin Vivy Yusof, seorang usahawanita dan ikon fesyen Malaysia, juga pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group  dikecam teruk di media sosial baru-baru ini hanya kerana #VivyYusofChallenge telah mengingatkan kita kepada kisah Sharifah Amani (33) yang juga dikecam teruk hanya kerana dengan secara jujurnya mengatakan bahawa “I sound like stupid if I speak Malay, so I’ll speak English” semasa menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 2006.

 

Pada ketika itu beliau baru berusia 20 tahun dan masih mentah di dalam industri pengfileman dan apabila beliau memilih untuk memberi ucapan di dalam Bahasa Inggeris, masyarakat terus mengecam kerana secara tidak langsung beliau seperti memperlekehkan bahasa kebangsaan. 

 

 

komen Nani di entri instagram @budakijat

 

Sharifah Amani yang membahasakan dirinya Nani berkata “Nani dulu pun mengaku bodoh cakap Bahasa Malaysia. Nani bagi tau semua orang. Bukan pasal Nani bangga tapi pasal Nani jujur. Mungkin cara tu silap tapi itu lah cara Nani nak mintak tolong kot.

 

“Dulu masa kena kecam teruk Nani jadi lagi jauh dengan Bahasa. Dah jadi sejenis phobia (fobia). Pergi mana-mana je ada yang nak kutuk, nak hina. Terus takut nak berbahasa . Tapi Alhamdullillah masa tu ada Abang, Bahri, Isma semua kat set. Korang tak judge Nani langsung. Lagi korang love Nani lagi Nani berani nak berbahasa” komennya pada laman instagram @budakijat yang merupakan pengarah filem Emil Emilda yang dilakonkan oleh Sharifah Amani.

 

 

“InsyaAllah saya boleh terima teguran tapi bukan cacian. Kami semua manusia biasa ada baik ada buruk. Apa saya lalui dulu dan kadang-kadang sekarang pun membuatkan saya sangat sedih dengan cacian yang di lontar di ruang komen ini. Terus saya flashback. Adakah aku bukan manusia jika aku bercakap jujur?

 

“Syukur ada yang sudi mengajar dan bukan mengeji. Dulu dengan setiap kejian langkah saya semakin jauh dengan bahasa. Alhamdullillah ada yang sabar ingin kongsi ilmu bersama. Marilah kita mengajar dengan kasih sayang dan bukan kejian dan hukuman. InsyaAllah.” katanya lagi.

 

Sememangnya para netizen kadang-kadang bertindak keterlaluan bila meninggalkan komen berbaur benci, mencaci dan menghina orang lain yang melakukan kesilapan, sama ada mereka selebriti atau bukan. Amat mudah untuk kita menegur tanpa sempadan dan had bila kita sekadar ‘keyboard warrior’ dan berselindung di sebalik identiti yang ‘anonymous‘ atau ‘fake’. 

 

Sebelum kita bersuara, sama ada di alam nyata atau virtual, tanya pada diri sendiri…adakah ia perlu? We all leave virtual footprints. Banggakah kita bila orang masih boleh membaca benda-benda yang kita tulis/komen di media sosial apabila roh sudah meninggalkan jasad kita? Renung-renungkanlah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Bapa Elfira minta Sufian Suhaimi Move On

Menurut Ahmad Sabri Ariffin, bekas tunang anaknya itu perlu berhenti mengeluarkan kenyataan bagi menjaga hati semua pihak.

Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

《音乐还没死》记录大马乐坛30年!李吉汉自爆曾想放弃音乐路

纪录片文字书《我们死了, 音乐还没死Music Alive》由马来西亚中文乐坛41组音乐人亲述,纪录着中文音乐产业近30年的兴盛与衰败。

Featured Fri, 7 Jan 2022

Penularan Varian Omicron, Lockdown Akan Berkuatkuasa Semula? Ini Jawapan KJ

Pokok pangkalnya, kenalah jaga SOP kalau tak nak lockdown lagi…

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Tue, 6 Aug 2019
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Fri, 21 Feb 2020