Hiburan By: SGMS Faida June 16, 2018 @ 3:50am

Sehelai Pun Cukuplah…

Betul-betul sederhana biarpun dirinya dikenali ramai! Penyanyi meningkat naik Ernie Zakri memaklumkan setiap tahun, persiapan baju rayanya hanya sehelai sahaja.

Kata penyanyi lagu Misteri ini, sehelai baju raya tidak mendatangkan masalah buat dirinya memandangkan dia tidak akan memakainya sepanjang hari.

“ Cukuplah sepasang baju raya. Saya selesa pakai baju kurung.

“ Saya sangat praktikal kerana pada sebelah tengah hari, lazimnya saya sudah menukar kepada baju biasa,” katanya.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri memaklumkan banyak busana yang dipakai untuk sesi fotografi dan program televisyen (TV) boleh digayakan sekali lagi.

Mengenai juadah kegemaran di pagi Syawal, Ernie sentiasa ternanti-nanti rendang daging masakan ibunya.

“Rendang daging sudah menjadi juadah wajib dan mama memasak ikut resepinya. Makan dengan nasi impit, sudah rasa ‘terangkat’.

“Saya lebih gemar juadah seumpama itu berbanding biskut atau kuih-muih yang selalunya dibeli saja,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia dan keluarga bakal meraikannya di rumah arwah nenek di Bangsar, lokasi biasa tempat seisi keluarga berkumpul.

“Hanya pada Syawal kedua, kami sekeluarga akan pulang ke Merlimau, Melaka. Sebelum itu, antara lokasi yang mesti dikunjungi adalah rumah Pak Zain (bapa penyanyi Ziana Zain dan adiknya, Anuar),” katanya yang teruja menyambut Syawal dengan sepupu seusianya.

Ernie berkata, sepanjang Syawal, dia terbabit dalam program raya seperti Melodi Raya, Muzik Muzik Raya, MeleTOP Raya dan konsert Raya RTM.

Tambah Ernie, dia akan mempromosikan single Misteri selepas cuti Aidilfitri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Tue, 11 Oct 2022

Aman Ra Kembali Bergelar Suami Kepada Kakak Chef Selebriti

Alhamdulillah, selamat pengantin baru Aman Ra dan isteri!

Featured Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

《木偶奇遇记》也要拍真人版!锁定汤姆汉克斯

迪士尼积极将动画翻拍成真人版电影!日前将目标放在《木偶奇遇记》,传出锁定奥斯卡影帝汤姆汉克斯主演。

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

‘Kekasih Luna Yang Mana Ya?’- Luna Maya Respon ‘Sindiran’ Baim Wong

Luna tidak berseorangan kerana percutian itu turut disertai oleh beberapa sahabat mereka.

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Exclusive on E! News: Fattah Amin Launches Fattastic Raya Collection

Get your raya clothes fixed with this collection!

Featured Wed, 9 Jun 2021

Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin […]