Hiburan By: SGMS Faida April 5, 2019 @ 2:18pm

Siti Nurhaliza, Hijjaz Gabung Pentas Di Karnival Mahabbah 1.0

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal berkoloborasi dengan kumpulan Hijjaz dalam persembahan majlis makan amal karnival Mahabbah anjuran Masjid Muhibbuddin Shah atau dikenali sebagai Masjid Hospital pada 24 sehingga 28 April depan.

Beliau ketika ditemui di majlis sidang media hari ini memberitahu cukup teruja menyertai program keagamaan dalam usaha mengimarahankan masjid.

” Saya menyambut baik jemputan yang diberikan untuk menyertai program sebegini. Insya Allah jika diizinkanNya saya akan menyampaikan lagu-lagu pop yang sarat dengan mesej Ketuhanan dan kerohanian sesuai dengan suasana majlis.

” Saya juga tidak keberatan untuk berduet dengan kumpulan Hijjaz yang turut serta dalam program amal ini. Kami juga pernah berduet dalam sebuah projek khas sedikit masa dulu. Insha Allah kami akan bincang untuk bentuk persembahan yang akan dibawakan bersama,” ujarnya.

 
 
 
View this post on Instagram

Saya di sidang media Karnival Mahabbah 1.0 dan Majlis Makan Malam Amal (Dato’ Sri Siti Nurhaliza & kumpulan Hijjaz). Solekan @epie_temerloh dan busana oleh @rizmanruzaini . . Majlis Makan Malam Amal di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada 24 April 2019, bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 . Tujuan utama diadakan Majlis Makan Malam Amal ini, dana dari pembelian meja untuk menampung program pengimarahan masjid. Pembelian meja mempunyai 3 kategori. Kategori pertama platinum berharga RM5,000 (berdekatan pentas utama), kategori kedua gold berharga RM3,000(ditengah dewan), kategori silver berharga RM2,000(dibelakang). Pentadbiran masjid menyeru mana mana individu atau korporat yang ingin menaja meja amal boleh berhubung pihak penganjur 013-4866153 atau pejabat 05-2641404. Terhad 90 meja sahaja.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Majlis makan malam amal Karnival Mahabbah ini diadakah untuk mengumpul dana khusus untuk pengimarahan program masjid pada bulan Ramadan antaranya program iftar, moreh, sumbangan untuk anak yatim, bantuan asnaf fakir miskin, penambahbaikan homestay dan penyelenggaraan barangan Kufya Band.

Acara ini akan diadakan pada 24 April bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh selaku penaja. Pembelian meja dibahagi kepada tiga kategori iaitu Platinum RM5000 (berdekatan pentas utama), Gold RM3000 (tengah dewan), Silver RM2000 (belakang). 

Pentadbiran masjid menyeru mana-mana individu atau korporat yang ingin menaja meja amal boleh menghubungi pihak penganjur 013- 4866153 atau pejabat 05-264 1404. Terhad kepada 90 meja sahaja. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Featured Sat, 31 Dec 2022

Bantu Mangsa Banjir Rantau Panjang, Warganet Beri Penghargaan Kepada Khairul Aming & Pasukan – “Terima Kasih Sebab Prihatin…”

Umum mengetahui, baru-baru ini beberapa negeri telah dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Tampil menghulurkan bantuan, pempengaruh Khairul Aming dan team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan […]

Hiburan Thu, 12 Mar 2020
Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

Events Sun, 2 Dec 2018

关菊英要演陈展鹏女友?陈展鹏:等我先练好演技

关菊英和陈展鹏来马开唱!首次合作登上云顶舞台的两人,让关菊英直言希望影视上也有机会合作,且还要演对方女友,让陈展鹏听后回应“等我练好演技先吧!”

Featured Sun, 19 Dec 2021

Terharu! Warga Malaysia Sedia Bantu Individu Terkesan Banjir, Ada Yang Tawar Rumah Sendiri Sebagai Tempat Berteduh

Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan di beberapa buah negeri dilanda banjir. Ramai yang terperangkap di rumah, bangunan kerja dan atas jalan raya kerana paras air yang telah menyukarkan perjalanan. Menjengah ke laman […]

Hiburan Tue, 19 Mar 2019