Hiburan By: SGMS Enal December 20, 2017 @ 2:56pm

Status tak sindir sesiapa – Sharifah Sakinah

Selepas memuat naik status berbunyi ‘ Tak payah bercinta pun kalau nak chemistry’ beberapa hari lalu, pelakon Sharifah Sakinah menerima kecaman di laman instagramnya. Alamak, camne tu…
 
Caption dengan foto bersama pelakon Aiman Hakim Redza menerima lebih 43,000 tanda suka dan 500 komen.
 
” Status berkenaan bermaksud keserasian antara saya dan Aiman dalam beberapa drama, langsung tiada berniat untuk menyindir mana-mana pihak,” tulisnya di Instagram. 
 
Sakinah, 28, berkata kapsyen yang dimuat naik itu hanya menjelaskan tentang hubungan baik dan keserasian yang dicapai antara dia dengan aktor itu bukan sekadar dalam drama semata-mata, malah juga di luar set penggambaran.
 
“Kepada para netizen yang salah faham, saya ingin membuang spekulasi tentang kapsyen saya sebelum ini yang menyatakan bahawa keserasian kami lebih daripada romantik di dalam drama. Malah suami saya juga tenang dengan perkara itu.
 
“Ia bukan sindiran terhadap mana-mana pasangan di dalam kehidupan sebenar yang bertemu jodoh mereka di lokasi,” tulisnya lagi. 
 
Sementara itu, Sakinah turut meminta netizen agar berfikiran positif dan tidak mengaitkan kenyataannya dengan perkara yang negatif.
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Liza Rayu Netizen Henti Sebar Gambar Bapa Mertua

Dalam pada itu, bekas penyampai radio Kool FM, Liza Khairuddin yang juga merupakan menantu kepada Saleem meluahkan rasa kecewa apabila gambar bapa mertuanya menjadi viral.

Featured Wed, 1 Mar 2023

Padam Semua Hantaran Di IG, Ella Akan Berhenti Menyanyi? – “Terima Kasih Untuk 35 Tahun”

Alamak, ratu rock kita nak bersara ke? 😭🤧Jangan laaaa 😮‍💨 Min harap ini semua prank! 🤧😭

Kes Mahkamah Wed, 13 Mar 2024
Featured Wed, 9 Mar 2022

Aisar Khaled Teruja Bergandingan Dengan Syafie Naswip & Elizabeth Tan

Fuh, bukan biasa-biasa barisan pelakon filem ini!