Hiburan By: SGMS Faida October 12, 2018 @ 1:30pm

Suami Terkejut Rupa-Rupanya Tasha Manshahar Pandai Masak

Wah…Penyanyi dan penyampai radio Raqib yang baru sebulan bergelar suami mengaku terkejut mendapat tahu isterinya pakar memasak.

Kata Raqib, sepanjang tempoh dua tahun perkenalan dengan isterinya Tasha Manshahar, dia tidak tahu mengenai hal itu.

“ Secara jujurnya, saya tahu dia boleh masak tapi terperanjat jugalah tengok rupa-rupanya pakar di dapur,” katanya sambil ketawa.

Ditanya tentang menu pertama selepas bergelar suami isteri, Raqib memberitahu Tasha menyediakan hidangan kari ayam.

“ Kami masih duduk berjauhan cuma berjumpa hujung minggu sahaja.

“ Cuma Tasha bakal berpindah ke Kuala Lumpur tak lama lagi. Cuma tunggu urusan transfer selesai. Lepas dah tinggal bersama, boleh makan masakan sedap hasil tangan isteri hari-hari,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Raqib bakal mengacarakan sebuah program berkonsep jelajah Islamik di mana dia akan mengembara ke beberapa buah negara untuk mendalami budaya mereka. 

Tak terlambat rasanya kami nak ucapkan, Selamat Pengantin Baru kan? Semoga kekal hingga anak cucu, Insya Allah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 4 Nov 2019

Along Cham Kesal Dilarang Lalu Red Carpet Ketika #ASK2019

Tapi Along tampak segak seperti Wak Doyok kan?

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Penulis Lagenda Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia

Rest In Peace, Sir… Anda sememangnya seorang lagenda yang akan terus diingati.

Featured Thu, 25 Nov 2021
Featured Tue, 9 May 2023

“Tepuk Dahi, Fikir Sendiri” – Titip Nasihat, Nora Ariffin Minta Pastikan Niat Untuk Kahwin

Bila niat purely kerana Allah, In Sha Allah dilorongkan keberkatan & kebaikan sampai bila-bila – Datuk Nora Ariffin