Hiburan By: SGMS Putri January 31, 2018 @ 8:09am

Suara Anuar Zain ‘Ubat’ Mujarab Betul Ke?

Yeay!! Suara jantan jejaka ‘Malaya’ sudah kembali. Siapa lagi jika bukan diva tersohor, Anuar Zain.
Para peminat fanatiknya yang kecewa gara-gara konsertnya ‘Yonder Music Live Series By The Lake’ di Panggung Anniversari tahun lalu tidak kesampaian kini boleh tersenyum. 

Kembali mendengar suaranya ibarat ‘ubat’ perindu mustajab yang dinanti-nantikan peminatnya… tak gitu? Sebab suara pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain akan bergema kembali pada 28 April ini. Malah konsertnya bukan lagi di sebuah lokasi luar tetapi di dalam Dewan Plenari,  Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang berprestij  lagi…

“BCL, Anuar Zain & Yuna Kharisma Live in Concert’ akan menampilkan gabungan tiga artis serumpun itu dalam satu pentas di mana Anuar Zain dijangka menyampaikan empat buah lagu secara solo dan dua buah lagu lagi bersama Bunga dan Yuka.

Ditemui pada sidang media penghebahan konsert tersebut di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini Anuar Zain tidak akan membawa mana-mana pemuzik atau ‘back up’  bagi mengiringi persembahannya sebagaimana Bunga.

BCL khabarnya akan membawa kumpulannya meliputi enam pemuzik dari Indonesia. Jauh tu nak terbangkan mereka ke sini… apa pemuzik Malaysia tak layak ke mengiringi persembahan BCL? Taka pa lah kehendak masing-masing kan. Namun bagi Anuar katanya, “Saya lebih suka menyanyi sambil berinteraksi dengan penonton. Itulah cara tersendiri saya.”Benar rasanya ramai yang setuju, suara dan penampilannya pun dah cukup memukau penonton kan?

Tempahan tiket untuk konsert anjuran Kharisma Entertainment ini sudah mula dijual dengan harga RM2,199 (Intimate), RM1599 (platinum), RM588 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 bagi tempat duduk Regular.

Berita baiknya sesiapa yang membeli tiket ‘Intimate’ akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert, peluang bergambar serta melalui laluan VIP manakala pembeli tiket ‘platinum’ akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan VIP sahaja

Yang lain jangan kecewa sebab semua pembeli tiket berpeluang  memenangi 5 hadiah cabutan bertuah berupa iphone 8 dengan hadiah utamanya sebuah skuter.

Nak beli tiket layari www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my malah tiket juga dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Cuma untuk tiket RM2,199 hanya 51 tempat duduk sahaja dikhaskan jadi kalau nak kenalah cepat tempeh ya sebelum kehabisan dan anda ‘putih mata’…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Kalau nak tahu kesinambungan lagu Aku Yang Bersalah bolehlah dengar lagu Selamanya pula!

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

‘ Saya Mungkin Tidak Layak, Tapi Atas Izin Allah,’ Wany Hasrita Luah Rasa Lepas Menang Besar

Rezeki tak pernah salah alamat kan? Walaupun merupakan pendatang baru dalam bidang nyanyian, Wany yang bebas segala kontroversi dan disenangi ramai pihak membuatkan dia berjaya menenggelamkan nama-nama besar malam tadi.

Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Penampilan Baru Fouziah Ghous Dapat Pujian Netizen

Menerusi laman Instagram suaminya, @zhafyusof, sekeping gambar yang memperlihatkan penampilan wajah pelakon itu dengan hijab.

Featured Mon, 22 May 2023
Kisah Viral Thu, 6 Jul 2023
Hiburan Tue, 17 Sep 2019