Hiburan By: SGMS Faida December 10, 2019 @ 6:06pm

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Hati mana yang tidak remuk apabila percintaan tempoh panjang akhirnya tidak berakhir di jinjang pelamin.

Bagi pelakon Risteena Munim yang pernah melalui situasi ini, dia mengaku sedih apabila terpaksa percintaan selama tujuh tahun dengan pelakon, Ikhwan Khairuddin menemui noktah. 

“Putus cinta memang sedih sehingga satu tahap saya sudah tidak percaya dengan cinta.

“Namun begitu, sesukar mana sekali pun saya harus menerima hakikat itu,” katanya.

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

Tambahnya, dia bersyukur dengan kehadiran Isa Khan yang mengubat jiwanya dan meyakinkan dirinya semula bahawa cinta sejati itu sebenarnya wujud.

Baru-baru ini, Isa Khan telah melamar Risteena di Bali dan memaklumkan mereka juga bertunang pada hari yang sama. 

 

Untuk rekod, Isa dan Risteena berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan di Kota Langit yang disiarkan di RTM.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

“Kadang-Kadang Susah…Osman Ali Sangat Teliti” – Remy Ishak

Pelakon terkenal Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak teruja dengan Ombak Rindu The Series, lakonan terbarunya dengan Izara Aishah, yang bleh ditonton dengan percuma di iFlix.  Remy berkata terdapat 4 episod di […]

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Amaran Ribut Buat 12 Negeri Termasuk Kuala Lumpur

Semua penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berhati-hati.

Hiburan Sat, 6 Jan 2024
TECH Wed, 15 Aug 2018

5 Surprising Jobs Which Uses a LOT of WD-40

Who would have known these people needed the handy lubricant too?

Hiburan Sun, 19 Nov 2023

Bakal Jalani Pembedahan Jantung & Mata, Ebby Yus Rehat Seketika Daripada Industri

Berehatlah sekejap, kesihatan kan paling penting. Semoga cepat sihat yer ✨

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Adam Shahz Tak Kekok Beraya Tanpa Isteri

Anak bersama saya tahun ini, tiada apa yang perlu disedihkan. Alhamdulillah kehidupan saya lebih teratur selepas bercerai…