Kalau sebelum ini berita gembira dikongsi bersama buat peminat-peminatnya diatas kehamilan kedua isteri tercinta, Naquia Yasirah Moeka.hd Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Cira ini akhirnya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Pastinya ini adalah berita gembira berganda buat penyanyi Anugerah Terindah ini apabila cahaya mata kedua mereka merupakan seorang bayi perempuan yang dilahirkan seberat 2.88kg.
Menurut Black, isteri dan bayi kini berada dalam keadaan baik dan semuanya sihat walafiat.
Terdahulu, Black pernah berkongsi pengalaman cemas beliau apabila kandungan isterinya itu tidak menunjukkan apa-apa tindak balas akibat memakan buah durian.