Hiburan By: SGMS Faida July 26, 2018 @ 2:47am

Tahniah! Comelnya Baby Keempat Pasangan Pelakon Ini

Alhamdulillah! Tahniah buat pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang menerima cahaya mata keempat, malam tadi.

Kata pelakon dan juga pengusaha hotel butik, Fauzi Nawawi, Lisdawati sepatutnya melahirkan pada 20 Julai lalu tetapi terlewat beberapa hari.

“ Alhamdulillah, semuanya selamat. Isteri selamat lahir bayi secara normal dengan berat 3.54 kilogram.

“ Lisda mengadu sakit kira-kira jam 5 petang semalam, tetapi kami hanya sampai di hospital selepas Maghrib,” katanya.

Fauzi memberitahu, nama bayi akan diumumkan dalam masa tujuh hari.

Tambah pelakon drama Qalbu ini, isterinya melalui proses kehamilan yang mudah kali ini.

“ Dia sangat bertenaga. Semasa hamil, dia sertai dua acara berbasikal sejauh 10 kilometer setiap satu ketika kandungan mencecah enam bulan, selain berpuasa penuh sepanjang Ramadan lalu,” katanya.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan majlis resepsi mereka diadakan di Dewan Komuniti, Taman Ibu Kota.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Jo Jung Suk and Gummy are Getting Married this Year

Congratulations to the engaged couple.

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

「漫威之父」史丹李逝世!享寿95岁

「漫威之父」史丹李(Stan Lee)12日逝世,享寿95岁。

Featured Tue, 16 Nov 2021

“Nanti Dah Cukup Duit Nak Bawa Pergi Makkah” – Wanita Sebak Nampak Ayah Masih Bekerja Walaupun Sudah Berusia

“Nanti Dah Cukup Duit Nak Bawa Pergi Makkah” – Wanita Sebak Nampak Ayah Masih Bekerja Walaupun Sudah Berusia Perasaan anak mana yang tidak sedih apabila melihat ayahnya yang sudah berusia masih bekerja untuk keselesaan anak-anak. […]

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

‘DEY DEY’ LAHIR SELEPAS ‘NEY NEY’

Shiera, 42, isteri kepada pelakon Zulkifi Azahari atau Ijoy, 42 tidak mahu ketinggalan berkongsi detik kegembiraan menyambut Dey Dey melalui Instagramnya sebaik sahaja keluar daripada bilik pembedahan.

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

‘ Kami Bukan Tawar Hati, Kami Hanya Beri Dia Masa Berfikir’, Forteen Jawab Dakwaan Izzue Islam

Jujurnya kami bukan tawar hari, kami hanya beri masa untuk Izzue berfikir secara rasional.

Featured Tue, 27 Sep 2022
Events Sat, 11 Jan 2020

The Ultimate “Kawaii Metal” Rock Band BABYMETAL Is Coming To Malaysia!

More great things are coming in 2020 and we are excited!

Hiburan Tue, 28 May 2019