Hiburan By: SGMS Faida December 3, 2018 @ 10:06am

Tahniah! Muaz Teruja Bakal Dapat Anak Kedua

Penyampai radio Kool FM, Muaz mengaku teruja kerana bakal menyambut kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Muaz atau nama sebenarnya Muazanazzudin Mohamed memaklumkan isterinya, Ediana Aziz bakal melahirkan sekitar Mac 2019.

“ Sudah tentu saya gembira apabila dianugerahkan rezeki terindah buat kali kedua. 

“ Insya Allah jika tiada aral, isteri saya akan melahirkan bayi lelaki. Sekarang ini kandungan isteri sudah masuk usia tujuh bulan. Doakan segalanya dipermudahkan,” katanya kepada xtra.com.

Tambah Muaz, dia bersyukur dengan perjalanan indah selama lima tahun bersama dengan isteri tercinta.

“ Dia seorang yang sangat memahami. Ini kerana kami berada dalam industri yang sama.

“ Kami tiada masalah bekerja di bawah bumbung yang sama cuma di berlainan unit. Tiada istilah cemburu atau sebagainya kerana dia cukup memahami kerja saya yang perlu berjumpa dengan ramai orang,” katanya.

Muaz dan Ediana berkahwin lima tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Emirza Mukhriz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Wed, 8 Aug 2018
Hiburan Tue, 5 Feb 2019
Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Hafiz Hamidun Tegur Siapa Pula?

Artis mana pula yang kena tegur dengan Hafiz Hamidun