Hiburan By: SGMS Enal January 26, 2019 @ 11:13pm

Tak Mahu Dibayangi Drama Nur, Amylea Sedia Tunjuk Taring di AJL-33

Penyanyi Amylea Azizan membuat persediaan menjelang Anugerah Juara Lagu ke 33 dengan tidak mengambil makanan pedas memandangkan tinggal lapan hari sahaja lagi.

Kata pasangan duet Kaer Azami menerusi lagu Tak Pernah Hilang, sebanyak 70 peratus persiapan sudah dilakukan setakat ini.

“ Saya lebih memberi tumpuan kepada persiapan mental. Saya pastikan dapat cukup rehat, jaga kesihatan dengan baik, tidak ambil makanan pedas dan menjalani latihan lebih konsisten.

“ Saya juga ke gimnasium bagi mendapatkan stamina lebih baik. Selain itu, saya mahu kelihatan bagus dengan busana yang bakal digayakan nanti,” katanya kepada XTRA.

Tambah Amylea, dia memaklukan tiada sebarang gimik akan dilakukan pada malam itu nanti. 

“ Kami akan bawa lagu ini dengan baik dan menggalas kepercayaan komposer kepada kami. Lagu ini kuat dan mampu berdiri sendiri dan tidak mahu dibayangi persepsi peminat yang mengatakan lagu ini kuat kerana Nur,” katanya. 

Jangan lupa saksikan gabungan duo hebat ini di Prelude AJL 33 menerusi saluran tonton dan di  www.xtra.com.my!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Sebab tu kita tak boleh judge orang sebelum mengenali mereka…

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Sazzy Akui Ingin Puaskan Diri Sendiri

Tidak dinafikan fenomena Gol dan Gincu sedikit sebanyak telah mengangkat nama Sazzy Falak sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19, 2006