Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong menjalani proses bersiram menjelang pernikahannya dengan model Paula Verhoeven.
Baim yang digelar pengerusi ‘lelaki-lelaki single’ Indonesia sebelum ini dilihat menangis ketika membasuh kaki kedua orang tuanya.
“ Saya sebak teringat segala kesalahan yang pernah saya lakukan sebelum ini dan pengorbanan mereka selama ini.
“ Iya… syurga ada di telapak kaki orang tua, sudah tentu saya menangis. Situasi ini tidak akan berulang lagi,” katanya.
Dalam masa sama, Baim juga mengaku pernah mengambil wang orang tuanya tanpa izin.
“ Apa yang saya bilang semuanya benar. Apa yang saya akui akan saya ganti. Jujurnya saya memang sedih terkenang hal yang lalu,” katanya.
Baim Wong bakal melangsungkan perkahwinan hari ini bersama kekasihnya yang juga seorang model terkenal Indonesia, Paula Verhoeven selepas tidak sampai setahun bercinta.
Mereka bertunang pada Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula sendiri. -Bintang.com.