Hiburan By: SGMS Faida August 19, 2019 @ 8:00am

Tiada Niat Sorok Majlis…

Mengakui dirinya seorang yang santai, vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah diraikan dalam sebuah majlis perkahwinan secara sederhana, baru-baru ini.

Menurut Ali yang sah bergelar suami kepada Natasha Nurain Mohd Azman pada 9 Ogos lalu, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya daripada peminat.

“Ini permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, isteri juga menginginkan majlis perkahwinan seperti orang biasa. Sama juga saya yang selalu meletakkan diri seperti insan biasa.

“Saya tidak mahu majlis yang diadakan terlalu gah. Lagipun saya seorang yang santai dan tidak suka berlebih-lebih,” katanya kepada Harian Metro. 

Dengan sekali lafaz, Ali sah bergelar suami dalam majlis yang dihadiri 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan teman rapat.

Pada majlis pernikahan itu, Ali menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh manakala mas kahwin sebanyak satu dinar.

Sementara itu, Ali memaklumkan isterinya kini bekerja di Singapura dan menetap di Johor Bahru. 

“Saya dalam perancangan untuk membawa isteri tinggal bersama di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini. Mungkin dia akan bekerja di sini supaya kami tidak perlu tinggal berjauhan lagi.

“Cukuplah tempoh perkenalan selama tiga tahun sebelum ini kami terpaksa bercinta jarak jauh,” katanya yang memilih Pulau Pinang sebagai destinasi berbulan madu minggu depan.

Mengulas detik perkenalan mereka hingga membawa ke jinjang pelamin, Ali berkata, dia mengenali Natasha ketika membuat persembahan untuk sebuah acara di Johor tiga tahun lalu.

“Natasha hadir ditemani rakan, tetapi entah kenapa, dalam ramai-ramai yang hadir mata saya boleh tertumpu kepadanya.

“Nak dijadikan cerita lagi, ketika dia memuat naik gambar kami di Instagram dan ‘tag’ akaun Masdo, saya pula adalah admin Instagram itu. Jadi dari situ bermulalah perkenalan kami,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Sherry Al Hadad Kunjungi Kediaman Bekas Wartawan 999

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat Abang Mazidul. Insya Allah…

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Janna Nick Ingin Ikut Jejak Langkah Ellen?

Semoga tahun 2020 bakal jadi tahun yang lebih sukses buat Janna!

Events Sat, 24 Nov 2018

Gambar Perkahwinan Agong dengan Miss Moscow Curi Tumpuan Ramai

Sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis berkenaan.

Featured Tue, 18 Oct 2022

“Marketing Lebih! Nampak Sangat Nak Tunjuk Satu Malaysia B*doh…” – Micheal Ang Anggap Siti Jamumall Propa Gara-Gara Kecewa ‘Bleach’ Rambut

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ahli perniagaan popular, Siti Jamumall memuat naik rakaman video yang mengatakan dirinya terkilan dan mahu menyaman sebuah salon gara-gara merosakkan rambutnya selepas membuat ‘bleaching’. Bagaimanapun, rakaman video tersebut […]