Hiburan By: SGMS Faida March 11, 2019 @ 11:30am

Wafiy Janggal Berlakon Dengan Adik Sendiri?

Pelakon dan pengacara Wafiy berkongsi pengalaman menarik ketika terlibat dalam penggambaran telefilem Gostan Ramadan, baru-baru ini.

Kata Wafiy atau nama sebenarnya Mohd Wafiy Ilhan Johan, ini merupakan pengalaman pertama berkongsi set lokasi bersama adik kandung, Mohd Hamizan Izhan.

“ Bila di set dan di rumah, adik dan saya jadi lain. Kalau di rumah kami bercakap dalam dialek Sabah tetapi di dalam filem ini kami perlu berbicara bahasa Semenanjung.

“ Secara keseluruhan, saya tiada masalah bekerja dengan adik sendiri. Walaupun dia baru berusia 12 tahun tetapi dia tetap menunjukkan sikap profesional di set,” katanya kepada XTRA.

Tambah Wafiy, berlakon dalam telefilem arahan pelawak Nabil Ahmad ini turut memberikan pengalaman manis untuk dikenang.

“ Saya selalu bekerja dengan abang Nabil sebelum ini. Cuma selalunya dalam bidang pengacaraan bukan untuk lakonan.

“ Bila dapat berlakon di bawah tele arahannya sudah tentu saya terima dan teruja. Abang Nabil seorang yang kelakar tetapi tegas. Mungkin kita selalu nampak dia berlawak di depan televisyen tetapi sebagai pengarah dia serius ketika bekerja. Saya selesa dan senang bekerja di bawah arahannya,” katanya yang ditemui di konsert kedua Bintang Bersama Bintang 2019, malam tadi.

Terdahulu, Wafiy mula dikenali dalam dunia seni menerusi program Tom Tom Bak kendalian Datuk Aznil Nawawi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Mar 2023
Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Isteri Intai Peluang Jadi Pelakon Dan Pengacara, Aiman Tino Bagi Lampu Hijau

Wow! Isteri Aiman Tino ada darah seni juga! Mesti meletop kalau jadi pelakon atau pengacara ni😆😍

Hiburan Tue, 19 Feb 2019
Hiburan Thu, 14 Nov 2019

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》公布入围名单!新生代与天王天后抢最佳男女歌手

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》公布入围名单;最佳男女歌手竞争激烈,可谓新生代与天王天后的对决!

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

“Malaysia Bersih” Tema Yang Tepat – Fazura

Sememangnya Fazura disenangi ramai kerana memiliki sikap yang positif, siapa setuju?