Hiburan By: SGMS Faida August 18, 2019 @ 5:38pm

Wow…Tiket Konsert Exists Reunion Licin Habis!

Tiket Konsert Exists Reunion yang bakal berlangsung di Singapura pada 5 Oktober nanti habis terjual dalam tempoh kurang 48 jam sejak mula dibuka kelmarin.

Vokalisnya, Ezad Lazim mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa peminat di Kota Singa.

“Sejak dulu lagi persembahan Exists mendapat sambutan hangat di sana.

“Namun, tak sangka pula kesemua tiket untuk 1,500 tempat duduk berjaya dijual dalam masa dua hari,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Ezad lagi, walaupun tiket konsert di Singapura sudah habis terjual, peminat dari negara itu masih boleh menonton persembahan Exist dengan membeli tiket konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September nanti.

“Tiket konsert di Malaysia masih ada lagi. Kalau peminat di Singapura tidak sempat beli tiket konsert Exists di sana, mereka boleh beli tiket konsert di Malaysia,” katanya.

Menurut Ezad setakat ini 50 peratus persiapan termasuk susunan lagu sudah berjaya diselesaikan. Menerusi konsert itu Exists akan menyampaikan lebih 20 lagu popular.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Featured Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Sportingnya Aeril Zafrel Jadi Model Mascara

Suami menjadi model untuk kosmetik and produk tu pula mascara, so macam mana rupanya

Events Fri, 4 Oct 2019

‘Dah Macam Pesta Coachella’- Karnival Starlight Pertama Di Genting Bawakan Zouk Secara Live!

Karnival ini raikan pesta Oktoberfest, Zouk Live dan banyak lagi!