familuv By: Ad Ops October 15, 2018 @ 9:00am

4 Tanda Sakit Anak Yang Anda Tak Boleh Hiraukan Demi Kesihatannya

Sistem tubuh badan dan daya tahan kanak-kanak belum lagi dapat berfungsi dengan sepenuhnya seperti orang dewasa. Jadi mereka memang mudah jatuh sakit.

Jika anda sebagai orang dewasa yang mengalaminya, anda mungkin tak mengendahkannya, dengan andaian yang anda akan sembuh tak lama lagi. 

Tapi hal ini lain bagi kanak-kanak kerana ia tak semudah yang disangka. Sebarang penyakit “biasa” itu mungkin petanda untuk sesuatu yang lebih serius. 

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda perlu sentiasa peka dengan hal ini dan segera mendapatkan rawatan. Memang tak boleh diabaikan!

Ketahui dulu apakah tanda-tanda penyakit yang ibu bapa selalu abaikan.

1. Anak selalu mengantuk

Ini bermakna badannya kekurangan tenaga dan perlu berehat. Lainlah kalau dia mengantuk sebab tidur lambat setelah menyiapkan kerja sekolah.

Tapi anda kena berhati-hati kalau dia tidur sepanjang hari dan susah nak kejut. Samalah juga jika dia berjaga tapi langsung tak bertenaga untuk bangun dari tempat tidurnya. Lemah memanjang.

Faktor-faktor yang menyebabkan dia jadi begini termasuklah kekurangan air dalam badan, jangkitan, keracunan dan ada benjolan di atas kepalanya.

2. Sakit anak tak baik-baik

Foto: Mother Nature Network

Ibu bapa mana yang tak susah hati melihat anak yang sentiasa sakit? Sekali jatuh sakit tak apa lagi. Kalau sakitnya kerap datang balik?

Jika anak anda berasa kurang selesa dan tiada selera makan, cepat-cepat rujuk kepada doktor.

3. Anak susah bernafas

Yang ini paling penting dan tak boleh dihiraukan terutamanya jika dia menunjukkan tanda-tanda seperti:

  • Anak bernafas dengan lebih dalam kerana terpaksa menggunakan otot tambahan.
  • Anak tarik nafas hingga berbunyi seperti kroh-kroh tapi ia bukan kerana kahak kerana selepas batuk pun bunyi itu kekal ada.
  • Anak seolah-olah tercungap-cungap dan bernafas pendek dan cepat.
  • Anak sukar bercakap; kalau bercakap pun, susah nak dengar. Dalam kes bayi pula, dia kurang menyusu.
  • Anak berwajah pucat.

4. Bintik merah dan ruam mula timbul

Foto: BabyCenter

Selalunya kes ini tidaklah serius, tapi para doktor memberi amaran yang ia merbahaya juga kerana ia boleh berkaitan dengan masalah kesihatan lain seperti pendarahan kulit.

Jadi sebaik saja anda perasan ada bintik-bintik merah pada kulit anak anda, segera rujuk nasihat doktor.

Ingat ya! Kesihatan si kecil tak boleh diambil ringan!

Sumber: theAsianparent 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 12 Mar 2019

Anak berbohong, ibu bapa jangan panik!

Ketahui sebab mengapa anak menipu dan cara atasinya.

familuv Mon, 14 May 2018

Macam Ini Rupanya Nak Buat Bayi Aktif Dalam Perut. No.2 Paling Berkesan!

Bayi kurang aktif dalam kandungan? Anda boleh lakukan 3 cara ini.

familuv Thu, 9 Aug 2018

Susu Badan Boleh Tahan Berapa Lama Selepas Ia Diperah? Semua Ibu Perlu Tahu

Memanglah ia boleh disimpan dalam peti ais tapi sampai bila?

familuv Fri, 12 Apr 2019

Berkahwin dengan lelaki muda menyebabkan wanita mati lebih cepat! Anda berani?

Rahsia umur panjang bagi wanita adalah dengan mengahwini lelaki sebaya dengannya.

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

familuv Tue, 16 Jun 2020
familuv Sat, 2 May 2020

Sedihnya lihat ‘rumah’ pelajar bijak ini yang begitu daif

Jika selama ini kita menganggap kisah pelajar miskin yang berjaya menggenggam segulung ijazah hanya berlaku dalam drama sahaja, namun penularan wabak COVID-19 sejak Februari lalu membuka pelbagai kisah masyarakat yang selama ini tidak diketahui ramai. […]

familuv Thu, 6 Dec 2018

10 Perkara Yang Orang Lain Mungkin Tak Beritahu Anda Tentang Melahirkan Anak

Ia mungkin menakutkan atau menggelikan, tapi inilah hakikatnya!

familuv Mon, 7 Jan 2019

3 Genius Decorating Ideas For The Perfect Baby Shower

Not only are they cute, some of them can be eaten!