familuv By: Yanie Baharom June 18, 2018 @ 1:00pm

5 Pasangan Kembar Comel Berstatus Anak Selebriti Paling Menjadi Perhatian Netizen

 
Kata orang, dapat anak kembar memang seronok apalagi kalau kembar seiras! Kehadiran mereka bukan saja bisa menarik perhatian ramai malah mengundang kekeliruan mata yang memandang!
 
“Eh tadi bukan pakai baju lain ke? Bila tukar?” Itu antara sapaan biasa diterima kebanyakan pasangan kembar seiras. Paling bahaya kalau teman wanita atau teman lelaki tidak tahu anda mempunyai pasangan kembar, mesti minta ‘clash’ punya!
 
Apapun itu bukan topik utama yang ingin di ‘highlight’. Sebaliknya Hijab & Heels ingin berkongsi mengenai pasangan kembar yang juga merupakan anak kepada selebriti tempatan. Nak tahu siapa mereka, jom baca artikel di bawah.

1. Zarina Zainuddin

Wanita ini memang tabah! Pujian harus diberi kepada dramatis terkenal, Zarina Zainuddin. Ini kerana anak–anak kembarnya Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai telah disahkan sebagai anak–anak istimewa yang menghidapi autism.

Membesarkan anak–anak autism bukanlah satu perkara yang mudah, namun baginya kehadiran kembar ini memberi 1001 makna kepada dirinya selain menjadikan dia seorang insani yang lebih cekal dan bersyukur. Ketabahannya membesarkan anak-anak terunanya yang istimewa itu juga melonjakkan jumlah pengikut Zarina di laman sosial Instagram yang kini mencecah 1 juta pengikut!

www.instagram.com/zarinazainuddin_/?hl=en

2. Diana Nasir  

Diana Nasir, kakak kepada pelakon Anzalna Nasir menarik perhatian ramai selepas melahirkan bayi kembar seirasnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena, yang  menyambut ulang tahun yang pertama awal Januari lalu.

Kemunculan pasangan kembar ini terutamanya di laman sosial Instagram, sentiasa dinanti-nantikan pengikut setia mereka yang kini mencecah lebih 141,000. 

www.instagram.com/diananasir86/?hl=en

3. Datin Paduka Iena Azman

Pernah terpalit dengan kontroversi dengan pelakon lelaki tidak lama dahulu, Datin Paduka Iena Azman nampaknya begitu bahagia sekali di samping suaminya, Datuk Paduka Kaiser yang dikahwininya sekitar empat tahun lalu. Apatah lagi dengan kehadiran kembar sepasang, Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Bayi kembar mereka turut tersenarai sebagai bayi yang popular dan kini mempunyai lebih 474 ribu jumlah pengikut di Instagram.

www.instagram.com/eina_azman/?hl=en

4. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Perkhabaran gembira ini telah dikongsi Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memperoleh cahaya mata kembar lelaki yang turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan beliau pada 27 Julai 2017 yang lalu.

Ramai yang adore cara Angkasawan Negara ini dalam membesarkan empat orang anaknya, Bella, Tasya dan pasangan kembar, Adam dan Noah, yang boleh buat mana-mana perempuan pun jatuh cinta.

www.instagram.com/drsheikhmuszaphar/?hl=en

5. Datin Zizie Ezette

www.instagram.com/zizieizette/?hl=en

Selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, Datin Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar Radin merasakan kehidupan mereka lebih sempurna dengan kehadiran pasangan kembar Adam dan Alif yang sudahpun memasuki usia dua bulan. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna, berusia 1 tahun 3 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 29 Jan 2019

Perlukan idea untuk menghias bilik anak anda? Ikuti contoh hiasan dalaman ini

Jika ia serasi dengan jiwanya, pasti dia akan suka.

familuv Fri, 3 Aug 2018
familuv Tue, 24 Jul 2018

Second Child Syndrome Berpunca Daripada Sikap Ibu Bapa Yang Membezakan Anak-Anak

Di sebalik sifat mereka yang gemar memberontak dan keras kepala, anak kedua juga dikatakan paling sensitif dan unik berbanding yang lain.

familuv Mon, 14 Jan 2019

Want your kids to love vegetables? Try serving it with some dipping sauce

Research says kids are most likely to eat vegetables when paired with dips.

familuv Thu, 3 May 2018

Wahai Wanita, Jangan Jadi 6 Wanita Jenis Ini Jika Mahu Lelaki Kahwini Anda

Jika punya kekurangan, bersama cuba perbaiki kelemahan yang ada.

familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

familuv Mon, 17 Dec 2018

10 Tips In Disciplining Your Baby – Yes, It’s Never Too Early To Start

The earlier it is, the more rules your child needs.

familuv Wed, 3 Oct 2018

Panduan Didik Si Abang Atau Kakak Terima Kehadiran Adik Baru

Didik supaya mereka sayang bukan benci kepada adik!

familuv Mon, 16 Jul 2018

Ikuti 5 Tip Penting Sebelum Membeli Katil Untuk Bayi Anda

Jangan main beli saja. Keselamatan bayi anda perlu diutamakan!

familuv Thu, 13 Sep 2018

Pelajari Teknik DIY Untuk Buat Mainan Ulat Bulu Yang Boleh Bergerak, Guna Straw Saja!

Gunakan aktiviti ini untuk “bond” dengan anak anda.

| Live TV