familuv By: Nani Ramlee January 7, 2019 @ 4:00pm

7 petunjuk si manja anda sudah bersedia untuk makanan pertama

Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa. Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya adalah berkhasiat dan sesuai untuk setiap fasa hidupnya.

Sekiranya anda masih bingung sama ada patut mulakan makanan pertama bayi atau makanan pejal sekarang atau tidak, ikuti perbincangan lanjut ini.

Semoga artikel ini dapat memberikan maklumat berguna untuk membantu anda menentukan adakah si manja anda telah bersedia untuk makanan pertama bayi.

Bilakah masa terbaik untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?

Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada bayi anda sewaktu 4 atau 6 bulan pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, susu ibu dan susu formula mencukupi untuk membekalkan jumlah pemakanan dan kalori yang diperlukan anak anda.

Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan anak anda masih belum cukup berkembang. Oleh itu, pepejal atau sebarang jenis makanan lain adalah dilarang.

Selain itu, menurut American Academy of Pediatrics, anda hanya patut memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.

Petunjuk menunjukkan bayi anda sudah bersedia

Walau bagaimanapun, jika anda ingin anak anda merasakan makanan pejal lebih awal daripada itu, anda boleh memerhatikan tanda-tanda kesediaan berikut. Bayi anda mungkin tidak menunjukkan semua petanda sekaligus, tetapi ini hanyalah sekadar petunjuk untuk perhatian anda:

1. Dapat mengawal gerakan kepala

Bayi anda patut mampu menjaga kepalanya dalam kedudukan tegak dan mantap tanpa bantuan orang dewasa atau penjaga.

Foto: Yummy Mummy Club

2. Tidak lagi mempunyai refleks tujah lidah 

Jangan tawarkan makanan pejal kepada bayi jika dia terus menolak makanan pejal daripada mulutnya secara automatik.

3. Boleh duduk dengan tegas dan mantap tanpa bantuan orang dewasa

Bayi anda perlu berupaya berada pada posisi duduk untuk mengunyah dan menelan dengan betul.

Foto: Living and Loving

4. Gerakan mengunyah

Apabila bayi anda semakin membesar, mulut dan lidahnya berkembang selari dengan satu sama lain. Oleh itu, untuk mula makan pepejal, bayi anda perlu tahu cara menggerakkan makanan ke dalam mulut dan menelannya. Sebaik sahaja bayi anda terbiasa makan makanan pejal, anda mungkin akan mendapati bahawa air liurnya tidak lagi meleleh.

5. Peningkatan berat badan dengan ketara 

Kebanyakan bayi boleh makan makanan pejal apabila mereka bertambah dua kali ganda daripada berat sewaktu kelahiran dan sekurang-kurangnya lebih tua daripada 4 bulan.

6. Semakin berselera 

Bayi anda seolah-olah makan lebih banyak, walaupun anda memberikan lapan atau sepuluh penyusuan susu ibu atau susu formula sehari.

Foto: Health

7. Tertarik dengan makanan anda 

Anda mungkin mendapati bayi anda melihat apa yang anda makan dan meminta atau menjangkau tangannya untuk mengambil makanan tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.

Waktu memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bergantung kepada anda dan keperluan anak anda. Jika bayi anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sat, 2 May 2020

Sedihnya lihat ‘rumah’ pelajar bijak ini yang begitu daif

Jika selama ini kita menganggap kisah pelajar miskin yang berjaya menggenggam segulung ijazah hanya berlaku dalam drama sahaja, namun penularan wabak COVID-19 sejak Februari lalu membuka pelbagai kisah masyarakat yang selama ini tidak diketahui ramai. […]

familuv Thu, 29 Nov 2018

3 Tip Mudah Untuk Pastikan Makanan Anda Selamat Untuk Dimakan Ketika Hamil

Apa yang anda makan akan memberi kesan terus kepada kesihatan anda dan kandungan.

familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

familuv Thu, 19 Mar 2020
familuv Sun, 17 Jun 2018

Pelajari Cara Membuat Pasir Kinetik Sendiri Untuk Anak Anda, Tak Perlu Beli Mahal-Mahal

Mainan ini amat bermanfaat untuk tumbesaran minda kanak-kanak.

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

familuv Fri, 19 Jul 2019

Ibu bapa jangan bersikap pilih kasih, elak emosi anak terganggu!

Jangan beri perhatian kepada seorang anak sahaja dan melupakan yang lain.

familuv Tue, 26 Mar 2019

Suami terminum susu isteri, apakah hukumnya dalam Islam?

Lelaki perlu ambil endah mengenai perkara ini.

familuv Mon, 1 Jun 2020
familuv Wed, 31 Oct 2018

Ciuman Mulut Beri Kebaikan Kepada Kesihatan Suami Isteri

Ciuman mulut ke mulut dapat membakar dua hingga enam kalori seminit.

| Live TV