familuv By: Yanie Baharom December 19, 2018 @ 9:00am

7 Tahun Berkahwin Dan Belum Ada Zuriat, Mizz Nina Tetap Happy!

Tujuh tahun mendirikan tangga namun belum rezeki untuk menimang zuriat, Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh, positif menjalani kehidupan dan ujian Allah SWT.

Walaupun dia pernah berasa sensitif bila disoal tentang “bila nak ada anak” itu, namun dia akur dengan ketentuan Ilahi dan tetap sabar menanti khabar terindah itu

Menurut Mizz Nina, kejayaan seseorang itu bukan terletak pada title suami, isteri atau sama ada kita ada anak atau tidak tapi akhirat adalah segalanya.

Bagi wanita berusia 38 tahun ini, sukses seseorang itu adalah sejauh mana dia meletakkan sepenuh rasa syukur terhadap pemberian Tuhan kerana apa yang diperlukan oleh manusia itulah yang terbaik dan cukup.

Foto: D’Wanita

Walaupun tiada rezeki anak, namun Mizz Nina bersyukur dengan apa seadanya malah kehidupan mereka suami isteri tetap bahagia seperti mana pasangan lain.

 Pernah cuba rawatan IVF

Meskipun begitu, dia dan suami tak pernah berputus asa untuk ada anak kerana dia selalu titipkan doa dan melakukan usaha lain seperti cuba teknik rawatan persenyawaan in-vitro IVF. Tapi, ia belum ada hasilnya.

Baginya, mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi kerana disebabkan itulah dia boleh memberi fokus kepada kerja yang dilakukan kini.

Apa yang menarik tentangnya, dia sangat aktif dengan misi kemanusiaan di negara Syria dan Palestin. Selain mengacara program Into Taqwa, dia juga bergelar pelajar yang mengambil kelas atas talian dalam bidang Taklim Al-Quran di Al-Huda International.

Foto: gempak.com

Sebagaimana umum ketahui, selepas berkahwin, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mula mengenakan hijab dan meninggalkan dunia seni sebagai penyanyi.

Bahkan kehidupan bekas penyanyi yang kini aktif mengacara juga bergelar aktivis, banyak memberi inspirasi kepada masyarakat.

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 23 Dec 2019
familuv Mon, 30 Apr 2018

Kalau Nak Anak Cepat Jalan, Anda Perlu Tahu Cara Nak Beli Kasut Mereka!

Kalau tak nak anak mudah terjatuh, pilihlah kasut yang sesuai untuk mereka.

familuv Mon, 4 May 2020

Kasih sayang Cristiano Ronaldo terhadap ibunya buat peminat terharu

Luah penghargaan buat ibu dan isteri sempena sambutan Hari Ibu

familuv Mon, 30 Jul 2018

Adakah Campuran Bijirin Di Dalam Botol Susu Bayi Anda Selamat Untuknya?

Ada yang guna teknik ini supaya anak mereka cepat tidur.

familuv Fri, 21 Sep 2018

Ada Apa Dengan Gelaran Pasangan Sepadan Sedang Hati Tidak Bahagia

Satu kajian mendapati wanita terbukti lebih bahagia bila mempunyai suami yang kurang menarik daripada mereka.

familuv Mon, 11 Mar 2019

Kanak-Kanak jalani pembedahan paru-paru akibat tersedak bertih jagung

Awas, bertih jagung penyebab si kecil menderita!

familuv Fri, 23 Nov 2018

Ini Teknik Bancuh Susu Anak Supaya Tidak Hilang Khasiatnya

Perlu tuang air panas dahulu atau susu?

#tilljannah Wed, 11 Jan 2023

Kongsi Video Sempena Ulang Tahun Kelahiran Suami, Mawar Rashid Sebak – “Banyak Ups & Down Kita Lalui Sama-Sama…”

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid berkongsi video sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf di laman Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Mawar sebak apabila menyunting video tersebut memandangkan terlalu […]

familuv Thu, 30 Jun 2022

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Neelofa ambil banyak kelas untuk perbaiki diri dalam penjagaan anak.

familuv Thu, 18 Jul 2019

Nak ajar anak makan makanan berkhasiat? Jangan guna perkataan ‘sihat’

Jika anak anda memilih makanan, mungkin anda patut cuba.