familuv By: Ad Ops November 16, 2018 @ 6:00pm

9 Cara Efektif Untuk Kurangkan Masalah Ekzema Anak Anda

Kesiannya melihat anak kecil tergaru-garu kerana ekzema. Faktor keturunan merupakan antara punca yang menyebabkan bayi dan kanak-kanak mendapat ekzema. Ekzema adalah keadaan kulit kering dan gatal yang selalu timbul pada bahagian pipi atau kulit kepala bayi dan merebak ke bahagian tangan, kaki, dada dan bahagian lain pada tubuh si manja.

Ekzema tidak boleh dirawat, tetapi masalah kulit ini boleh dicegah. Berikut merupakan petua untuk mengurangkan dan mengendalikan masalah ekzema dalam kalangan bayi.

Foto: Mom Junction

1. Pastikan kelembapan kulit anak anda terjaga

Mereka yang menghidap ekzema mempunyai kulit kering dan gatal. Jadi, pastikan kulit anak anda sentiasa lembap dengan cara menyapukan losen atau pelembap yang diperbuat khas untuk kulit ekzema.

2. Sentuhan perlahan dan lembut

Berikan sentuhan lembut kepada kulit bayi anda setiap kali semasa memandikannya atau membersihkan tubuhnya. Ini kerana kulit mereka bersifat sensitif. Gunakan tuala bersih semasa mengeringkan kulit bayi dan lap tubuhnya perlahan-lahan.

3. Jangan mandi selalu

Jika bayi anda mengalami ekzema, elakkan daripada kerap memandikannya bagi mengekalkan lapisan lembapan semula jadi pada kulit si manja.

Foto: bpac NZ

4. Jika gatal…

Tidak kiralah masalah ekzema ini melanda orang dewasa, kanak-kanak ataupun bayi, pasti mereka akan menggaru jika terasa gatal. Jadi, bagi meredakan kegatalan dan rengsa kulit, gunakan air sejuk atau air batu.

Letakkan air batu di dalam tuala kecil yang bersih, kemudian balutkannya dan tuam perlahan-lahan pada kulit yang mengalami ekzema.

5. Elak berpeluh, berpanas

Berpeluh boleh menimbulkan rasa gatal pada kulit bayi. Jadi, elakkan daripada membawa si manja keluar sewaktu hari panas bagi mengelakkannya berpeluh.

6. Pilihan baju

Pemilihan fabrik pakaian juga penting untuk bayi ekzema. Berikannya pakaian yang diperbuat daripada kain kapas supaya kulitnya mudah bernafas. Selain itu, pilihlah pakaian yang longgar untuk anak anda supaya apabila kulitnya berpeluh tidak terkena pada fabrik pakaian tersebut.

Jika anak anda masih kecil, pakaikannya sarung tangan bagi mengelakkannya menggaru kawasan yang terkena ekzema.

Foto: Eczema Living

7. Pilih produk harian khas

Gunakan produk mandian, pencuci pakaian, bedak atau minyak yang berasaskan sumber organik atau semula jadi. Kandungan kimia dalam sabun pencuci pakaian boleh memudaratkan lagi bayi yang mengalami ekzema.

Bagi penggunaan bedak atau minyak bayi, anda boleh mencari produk yang dibuat khusus untuk bayi ekzema.

8. Gunakan krim atopik apabila perlu

Patuhi nasihat doktor dalam penggunaan krim atopik pada bayi dan kanak-kanak. Sapukan krim jika perlu pada dos yang disyorkan. Lazimnya, doktor akan menetapkan penggunaan krim hidrokortison bagi mengawal rasa gatal pada ekzema dan mengelakkannya lebih merebak.

9. Persekitaran

Pastikan kawasan persekitaran bayi anda bebas daripada habuk, debu dan hama. Anda boleh letakkan penapis habuk atau hama di rumah anda. Gunakan pelindung anti hama pada bantal dan tilam anak anda. Jika perlu, gunakan cadar yang diperbuat daripada kain organik.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 19 May 2020

Rindu ibu bapa di kampung, jom jenguk mereka secara dalam talian

Kaedah mudah nyatakan kerinduan terhadap ibu bapa

familuv Fri, 15 Mar 2019

Anda bakal menjadi ibu tiri? Cuba 5 panduan ini untuk persiapkan diri

Menjadi ibu tiri memerlukan kesabaran yang tinggi.

familuv Mon, 17 Sep 2018
familuv Tue, 29 May 2018

Tingkatkan Kecerdasan Anak Anda Dengan 5 Senaman Mudah Dan Menyeronokkan Ini

Kalau orang dulu, keseronokan mereka bermain bertemankan hujan, lumpur dan pasir, generasi digital pula kehidupan mereka tertumpu pada televisyen, telefon pintar dan tablet.

familuv Wed, 28 Aug 2019
familuv Mon, 19 Aug 2019

Urut-mengurut dulu sebelum ‘bersama’, pasti suami-isteri lebih bahagia

Nikmatnya berurut, boleh hilang segala bebanan diatas kepala sekaligus perasaan resah dan bisa-bisa badan akibat tidak cukup rehat, kuat kerja mahupun tidak cukup tidur. Banyak manfaat yang dapat diperoleh ketika urut badan. Selain bermanfaat untuk […]

familuv Mon, 4 May 2020

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Sentiasa pesan pada anak, bekerja kerana Allah

familuv Fri, 28 Sep 2018

Tip Menarik Untuk Galakkan Si Manja Anda Minum Air Kosong

Air sangat penting untuk tubuh badan semua!

familuv Tue, 12 Mar 2019

Inilah 12 ciri pasangan bahagia. Anda dan pasangan bagaimana?

Fakta ini diperoleh daripada hasil kajian dilakukan eHarmony.

| Live TV