familuv By: Yanie Baharom July 10, 2018 @ 2:00pm

Alami Selsema Teruk Yang Akhirnya Menyebabkan Alex Lewis Kudung

“Bunyinya seperti tidak masuk akal bukan? Tetapi saya bersyukur dan gembira semua ini berlaku kepada saya,” kata Alex Lewis sambil melihat kerusi rodanya.

4 tahun lalu di rumahnya di Stockbridge, Hampshire, Alex dijangkiti penyakit misteri dan simptomnya menyerupai selsema biasa di mana antara gejalanya hidung tersumbat.

Keadaannya bertambah teruk pada keesokan hari. Sakit kepala kronik malah tangan serta kakinya berasa sungguh sakit.

Kemudian tompokan berwarna ungu seperti lebam mula muncul di seluruh bahagian badan merebak dengan begitu pantas.

Foto: iluminasi

Pasangan Alex iaitu Lucy Towsend yang berasa prihatin, keliru dan tidak sanggup melihat keadaan Alex membuat tindakan pantas dengan menghubungi ambulans.

Ketika tiba di hospital, Alex dimaklumkan tentang penyakitnya. Gejala seperti selsema yang dialami Alex berlaku disebabkan oleh bakteria biasa, Group A streptococcus (GAS) yang boleh dijumpai pada kulit manusia dan tidak membahayakan.

Dan dalam kes yang tersangat jarang berlaku, GAS atau sindrom kejutan toksik, telah masuk ke dalam badan Alex dan menyerangnya dari dalam.

Foto: iluminasi

Apa yang menakutkan mengenai jangkitan GAS ini adalah ia membuatkan daging manusia memakan diri sendiri.

Gas akan menyerang anggota badan dan mula memamah bahagian dalaman, melalui sendi, organ-organ penting dan akhirnya memusnahkan jantung.

Dengan jangkitan ini yang mula menampakkan kesan, ia tersebar secara sendiri ke bahagian kaki, tangan dan muka Alex dalam tempoh yang singkat, kurang daripada 1 hari.

Foto: iluminasi

Doktor ketika itu menganggarkan kebarangkalian untuk hidup adalah 3% yang mana akan turun kepada 0% jika tindakan pantas memotong anggota yang terjejas tidak  segara dilakukan.

Tanpa berlengah, doktor memotong lengan kiri dan kedua-dua kaki Alex, meninggalkan tangan kanannya yang kelihatan lemah namun masih utuh.

Bibir dan mulut Alex ketika itu sudah mereput. Enam bulan kemudian, Alex kembali ke hospital kerana tangan kanan patah disebabkan kecuaiannya ketika tidur.

Namun ketika itu, Strep A pada tangannya didapati telah masuk ke dalam tulang, memberikan jalan yang mudah untuk sampai ke bahagian atas badan.

Foto: iluminasi

Untuk menyelamatkan keadaan, tiada pilihan lain melainkan pembedahan seterusnya iaitu memotong tangan kanan pula, betul-betul di bawah sendi siku.

Ekoran kejadian malang itu, Alex terpaksa memulakan hidup baru yang tidak diketahui bagaimana nasibnya, sebagai seorang yang kudung sepenuhnya.

“Saya tak sepatutnya selamat. Daripada 10,000 orang setahun yang dijangkiti Strep A, 9,600 daripadanya maut. Sementara 400 daripadanya masih hidup, hanya 10 orang saja kudung kedua-dua tangan dan kaki. Saya antara yang paling bernasib baik,” katanya.

Ketika berada dalam pemulihan di Hospital Salisbury, Alex telah dihubungi oleh Leonardo Machado, seorang penerbit filem yang meminta untuk mengikuti perkembangan pemulihannya dan membuat dokumentari, The Extraordinary Case of Alex Lewis.

Foto: iluminasi

Meskipun dalam keadaannya yang begitu, Alex bersetuju untuk difilemkan, terutamanya memikirkan tentang Lucy dan anak mereka, Sam berusia 4 tahun.

“Saya mahu dia mempunyai sesuatu untuk dikongsikan kepada dunia selain memberitahu betapa pentingnya dia kepada saya dan Lucy, dan membantu menjadikan pengalaman ini masuk akal.

“Apabila Sam membesar dan rakan-rakannya pasti bertanya apa yang berlaku kepada bapanya, harap-harap dia dapat menjelaskan dengan baik kepada mereka,” jelas Alex.

Ketika Alex pulang ke rumah untuk memulakan rehabilitasi pada tahun 2014, Alex bertegas dan mahukan Lucy meneruskan kerjanya menguruskan pub di Stockbridge.

Foto: iluminasi

Bagi Alex, ia sangat penting menjalani kehidupan yang serupa seperti dulu. Alex memuji Lucy dan menganggapnya wanita yang menakjubkan kerana sanggup mengorbankan kerjayanya demi menjaganya. Namun dia tidak mahu hidup Lucy manjadi seperti seorang jururawat dan melihatnya sebagai pesakit serta perlu menjaganya.

“Saya mahu Lucy meneruskan kehidupannya seperti sebelumnya,” katanya.

Rakan Alex, Chris yang bekerja sebagai pengajar ski di Perancis berhenti kerja dan pulang ke Hampshire untuk menjaga Alex selama enam bulan.

Chris membantu Alex membiasakan diri dengan penggunaan kaki dan tangan palsu, di mana ketika itu agak berat dan rumit. Bantuan yang diberikan oleh Chris inilah yang membuatkan Alex mampu melalui hari-hari getirnya.

Mereka melakukan eksperimen dengan memasang garfu pada tangan palsunya supaya Alex boleh makan sendiri.

Foto: iluminasi

Walaupun berada di rumah, Alex tidak boleh ditinggalkan bersendirian dengan anaknya. Sebelum diserang penyakit ini, pasangan bapa dan anak ini tidak dapat dipisahkan.

Dalam beberapa babak menyayat hati dalam dokumentari itu, Sam kelihatan enggan memeluk atau mencium ayahnya yang ‘baru’ itu, terutamanya selepas kulit mulut Alex yang telah mati dipotong.

“Ketika Sam melihat saya di hospital, dia menyangkakan bahagian mulut saya yang mana dagingnya mereput dipenuhi coklat. Dia tahu saya sakit dan kelihatan tidak memberi kesan teruk kepadanya.

“Tetapi selepas pembedahan, saya sedar saya perlu membina semula hubungan saya dengan Sam. Ia sangat sukar, tapi ia memerlukan masa,” katanya.

Foto: iluminasi

Alex menjalani pembedahan mulut selama 17 jam pada tahun 2015, yang mengambil kulit bahagian bahunya untuk dimodelkan semula menjadi bibir. Dia juga menjalani pembedahan lengkap termasuklah menghasilkan warna kulit sekata pada wajahnya.

Dengan dilengkapi tangan dan kaki palsu canggih, Sam sangat gembira dan beranggapan bapanya adalah Power Rangers.

Alex juga berhadapan dengan kesulitan wang kerana semua peralatan yang diperlukannya adalah sangat mahal. Sebagai contoh, pisau memasak bersaiz 6 inci untuk dipasangkan pada tangan palsunya berharga RM3,500. Alex berharap dia mampu memiliki kaki palsu lengkap dalam masa beberapa tahun lagi, yang mana berharga RM483,000 setiap satu.

Foto: iluminasi

Setiap kali Alex mendapat mendapat anggota badan palsu yang baru, dia berasa sangat gembira kerana mendorongnya untuk hidup berdikari meski dalam keadaannya yang tidak sempurna.

Menubuhkan tabung dana Alex Lewis Trust untuk membeli kelengkapan anggota palsu dan peralatan bantuan, Alex tidak melihat kehidupan yang dilaluinya ketika ini sebagai hari-hari gelap tetapi sebaliknya.

Sebelum kehilangan segalanya, Alex menjalani kehidupan yang tidak begitu baik, kuat mabuk dan jarang menghabiskan masa berkualiti bersama Lucy dan Sam.

Sumber Artikel : Iluminasi

Sumber: YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 3 Jul 2018

Kalau Nak Anak Bijak, Lakukan 5 Aktiviti Ini Yang Boleh Bantu Rangsang Otak Bayi

Lakukan 5 aktiviti permainan ini untuk bantu rangsang otak si manja.

familuv Mon, 18 Mar 2019

Telefon pintar ibarat perempuan simpanan, huru-harakan rumah tangga

Ketepikan telefon bila bersama keluarga! 

familuv Tue, 15 May 2018

Masak Bubur Dan Nasi Serentak Guna Cara 2 Dalam 1. Mudah & Jimat Masa!

Jom cuba teknik masak nasi dan bubur secara serentak ini. Pasti menjimatkan masa anda.

familuv Wed, 3 Apr 2019

Cinta sahaja tidak cukup, anda perlu berusaha untuk pertahankan rumah tangga!

Cinta akan menyatukan anda tetapi mengekalkannya perlu usaha bersama

familuv Fri, 10 Aug 2018

Adakah Anda Memiliki 9 Ciri Ini? Jika Ya, Anda Adalah Seorang Supermum!

Supermum ialah seorang wira hebat yang mampu melakukan pelbagai tugas tanpa perasaan bangga mahupun rungutan.

familuv Thu, 17 Jan 2019

7 peraturan keselamatan di dapur yang kanak-kanak perlu patuhi

Pastikan anak anda tahu jika dia menolong anda masak.

familuv Sat, 3 Dec 2022

Hasil Kerja Keras Bersama, Amyra Rosli & Amar Baharin Beli Kereta Baharu

Baru-baru ini, pelakon Jelita Amyra Rosli memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Amyra menunjukkan kereta yang dibeli olehnya dan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu […]

familuv Thu, 20 Jun 2019

Angkasawan Negara kongsi 15 panduan didik anak

Teknik mudah, tetapi berkesan!

familuv Tue, 24 Jul 2018

Second Child Syndrome Berpunca Daripada Sikap Ibu Bapa Yang Membezakan Anak-Anak

Di sebalik sifat mereka yang gemar memberontak dan keras kepala, anak kedua juga dikatakan paling sensitif dan unik berbanding yang lain.