familuv By: Yanie Baharom July 26, 2019 @ 2:00pm

Allah SWT tak berkat hidup suami, kalau buat isterinya menangis…

Allah SWT tidak pernah tinggal dan benci kepada hamba-Nya. Buktinya, kita masih diberi peluang dan nyawa walaupun sudah berkali-kali leka, alpa dan melakukan dosa.

Selagi diberi peluang bernyawa, pasti ada pembelaan dan peringatan buat kita dalam menempuh hidup ini. Dalam konteks menjaga keharmonian hidup berkeluarga, Allah SWT menjaga hidup suami, isteri dan anak-anak.

Allah SWT menjaga kebahagiaan suami dengan memerintahkan isteri melayani suami serta menjaga mulutnya untuk mensyukuri kebaikan suami. Allah SWT juga menjaga ketenangan isteri dengan memerintahkan suami menafkahi serta berbuat baik kepada isteri.

Begitu juga Allah SWT memerintahkan ibu bapa mendidik anak-anak sehingga mereka terhindar daripada api neraka.

Bagaimanakah Allah SWT menjaga hamba-Nya dalam kalangan wanita yang hidup di bawah kepimpinan seorang suami?

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita dengan apa yang Allah SWT lebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dan dengan apa yang dinafkahkan dari harta kamu.” (Surah An-Nisaa’, ayat 34)

Isteri adalah amanah Allah SWT kepada suami, begitu juga sebaliknya. Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak.

Bayangkan setitik airmata isteri yang gugur kerana berasa dirinya dianiaya suami, turut ditanya nanti!

Mengikut Imam al-Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah.

Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami sembarono buat-buat tak tahu untuk mengelak perselisihan faham berpanjangan.

Foto: Media Maklumat

Jadi, apa kita nak buat kalau suami selalu sakitkan hati? Dan apa perlu kita lakukan jika isteri tidak taat dan suka buat kepala sendiri?

1. Jangan besarkan lagi masalah

Kekurangan suami, kesalahan isteri jangan di heboh kepada orang luar. Misalnya perasaan di Instagram atau Facebook.

Andai tidak tertahankan sangat, pilihlah ahli keluarga yang rapat atau rakan baik yang boleh dipercayai untuk meluah perasaan. Pastikan perkongsian itu untuk mendapat buah fikiran yang baik.

Kalau sekadar mahu melepaskan emosi, bermohonlah kepada Allah SWT yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

2. Tempat dan cara solusi

Sekalipun amarah anda bagaikan air yang menggelegak, jangan sesuka hati tinggalkan rumah tanpa izin suami. Minta izin dan jujur kepadanya, anda perlukan sedikit masa untuk bersendirian.

Elak jumpa teman-teman melainkan sahabat anda yang boleh pakai. Paling afdal, bawalah diri itu ke rumah mak ayah kita atau keluarga mentua.

Bukannya apa, kadang-kadang ada kawan kita yang emosi solusi yang diberikan mereka adalah perpisahan. Orang tua atau mentua kita tentunya ingin melihat hubungan anak-anak kembali jernih dan pulih, betul tak?

Suami pun sama, janganlah buat bodoh saja. Sekurang-kurangnya mesej isteri dan maklumkan anda mahu keluar sebentar. Kalau hendak hati isteri cepat sejuk, belikan lah makanan untuk dia dan anak-anak.

Foto: Liputan6

3. Jangan cari pasangan lain

Ini banyak orang buat. Ada masalah, yang lelaki cari perempuan lain, dan perempuan pun sama cari kawan lelaki lain. Dua-dua salah! Ibarat bagi ikan kat kucing yang tengah lapar. Pastu kalau dah terlanjur, acah-acah pening menyesal tak tau nak buat apa. Bersujud kepada Allah SWT, itu yang terbaik.

Manjakan telinga mendengar zikir dan selawat. Dengar ayat suci al-Quran sampai hati berasa tenang dan bersih kembali. Banyakkan istighfar. Sebab dosa kita yang banyaklah jadi serabut rumahtangga.

4. Kenangan

Belek semula foto-foto romantis anda terutamanya di awal perkahwinan. Pasti ada sebab kenapa anda memilih pasangan anda, walaupun ketika muda dulu ada je yang minat dengan anda tetapi kenapa dia yang menjadi pujaan hati?

Ingat, cinta perlu diuji untuk kita bahagia. Tenangkan diri, tengok dalam-dalam foto anak isteri, suami dan anak-anak yang selama ini mengisi dan memberi kebahagiaan dalam kehidupan anda.

Foto: baituljannah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 28 Nov 2018

Mereka Juga Berkorban Dan Ini 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Caesar

Bersalin secara normal mahupun pembedahan menuntut pengorbanan yang sama daripada seorang ibu. Mereka bertarung nyawa!

familuv Fri, 8 May 2020
familuv Mon, 30 Jul 2018

10 Kebaikan Membedung Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Bayi yang dibedung lebih lena tidur berbanding bayi yang tidak dibedung.

familuv Wed, 3 Apr 2019

Cinta sahaja tidak cukup, anda perlu berusaha untuk pertahankan rumah tangga!

Cinta akan menyatukan anda tetapi mengekalkannya perlu usaha bersama

familuv Wed, 18 Mar 2020

Cara mengesan gejala COVID-19 mengikut hari. Selamatkan keluarga anda!

Selalu periksa keadaan pasangan dan anak-anak

familuv Mon, 27 Aug 2018

Lidah Bayi Anda Ada Kesan Kotoran Putih? Ikuti Cara-Cara Pembersihan Ini

Ia mesti dibersihkan, supaya bakteria tak membiak!

familuv Wed, 16 Jan 2019

Kalau takut suami tumpas di tangan wanita seberang, amalkan 25 petua ini

 Wanita seberang sentiasa meletakkan suami di tempat teratas. 

familuv Thu, 14 Nov 2019

Terlebih guna ‘gadget’ terbukti boleh bantut perkembangan otak kanak-kanak

Skil kemahiran membaca anak ini tidak akan berkembang.

familuv Fri, 19 Apr 2019
familuv Thu, 28 Mar 2019

Enam perkara yang harus dipersoalkan apabila anda berada di ambang perceraian dengan pasangan

Anda harus bertanyakan soalan ini kepada diri sama ada anda masih bahagia atau sebaliknya

| Live TV